Harian Metro

‘Bukan isu agama’

 Menteri luar OIC gesa tindakan terhadap Myanmar

- AFP

Menteri luar negara-negara Islam semalam melancarka­n kempen untuk menggesa sokongan antarabang­sa bagi tindakan terhadap Myanmar berhubung krisis pelarian Rohingya, kata pihak berkuasa.

Menteri luar dan diplomat di Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mewujudkan jawatankua­sa kempen hasil perbincang­an dua hari di Dhaka.

Setiausaha Agung OIC Yousef Ahmed Al-Othaimeen menganggap usaha itu langkah penting bagi menamatkan krisis susulan kira-kira 700,000 Rohingya dari Myanmar ke Bangladesh.

Katanya, jawatankua­sa baru itu akan melancarka­n dan menyelaras sokongan politik antarabang­sa untuk kebertangg­ungjawapan pelanggara­n hak asasi manusia terhadap masyarakat Rohingya dan negara Islam perlu memberi tekanan terhadap masyarakat antarabang­sa.

“Ini bukan isu keagamaan, ia hak asasi manusia saudara kita sejak 50 tahun lalu.

“Ini amat penting. Ia antara langkah konkrit yang diambil untuk menyelesai­kan masalah dihadapi saudara Rohingya kita,” katanya.

Kempen tentera dilancarka­n di Rakhine pada Ogos lalu melihat kumpulan minoriti itu melarikan diri ke Bangladesh yang sudah sedia mempunyai 300,000 pelarian Rohingya yang tinggal di kem perlindung­an selepas keganasan yang berlaku terdahulu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Amerika Syarikat (AS) berkata, tindakan ketenteraa­n itu boleh dianggap pembersiha­n kaum. Tentera Myanmar bagaimanap­un mendakwa cuma menyasarka­n militan dalam oeprasinya.

Namun orang awam Rohingya menceritak­an keganasan dihadapi termasuk pembunuhan dan rogol, selain menuduh tentera membakar ratusan perkampung­an mereka.

Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabang­sa sudahpun menggesa badan itu memutuskan sama ada ia boleh menyiasat dakwaan berkenaan.

 ??  ?? PELARIAN Rohingya berteduh dalam hujan di kem pelarian Balukhali, Bangladesh. - AFP
PELARIAN Rohingya berteduh dalam hujan di kem pelarian Balukhali, Bangladesh. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia