Harian Metro

SAKIT TOLAK TEPI

- Jumiati Rosly jumiati@nstp.com.my

 Welson ungguli acara 1,500m gaya bebas Terbuka Malaysia walaupun cedera bahu

Kesakitan bahu yang dihadapi Welson Sim bukan penghalang buat perenang Sarawak itu untuk merangkul pingat emas ketiganya pada Kejohanan Terbuka Malaysia ke-61 yang berakhir semalam.

Welson yang sebelum ini memenangi pingat emas acara 200 meter gaya bebas dan 400m gaya bebas lelaki, mengunggul­i acara 1,500m gaya bebas semalam dengan masa 16 minit 18.35 saat di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.

Pingat perak diraih perenang Kuala Lumpur, Wong Jun Bin (16:19.93s), sementara gangsa dimenangi Wong Venn Chieh dari Sabah (16:39.49s).

Catatan Welson pada saringan di sebelah pagi jauh lebih baik apabila dia merekodkan 15:28.00s.

“Kalau ikutkan saya boleh melakukan catatan masa lebih baik, namun saya sebenarnya tadi mengalami kesakitan bahu dan saya tidak mahu terlalu memaksa diri.

“Apa pun saya akan meneruskan sesi latihan seperti biasa esok,” katanya yang sebelum ini turut mengalami kecederaan buku lali kiri.

Atlet terbaik Sukan SEA 2017 (KL2017) itu berkata, dia tetap menyertai saingan pada kali ini biarpun dihantui kecederaan kerana mahu menyumbang pingat buat negeri kelahirann­ya Sarawak.

Sementara itu,

Wong Fu Kang menghadiah­kan pingat emas keduanya buat Johor apabila menjuarai acara 50m kuak dada lelaki dengan melakukan 28.76s.

“Saya puas hati dengan masa yang dilakukan tadi biarpun tidak dapat membaiki rekod kebangsaan saya sendiri (28.59s).

“Secara keseluruha­nnya saya puas hati dengan persembaha­n pada Terbuka Malaysia kali ini,” kata perenang berusia 20 tahun itu.

Edisi ke-61 Terbuka Malaysia menyaksika­n Hong Kong mendominas­i saingan dengan membawa balik 20 emas, enam perak dan dua gangsa, sementara Selangor di tempat kedua dengan tujuh emas, 11 perak dan sembilan gangsa, manakala Johor di tempat ketiga dengan empat emas, lima perak dan empat gangsa.

 ??  ?? FU Kang (tengah) menjuarai acara 50m kuak dada Terbuka Malaysia.
FU Kang (tengah) menjuarai acara 50m kuak dada Terbuka Malaysia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia