Harian Metro

‘Bukan bidang kuasa kami’

- Helmi Talkah helmi.talkah@nstp.com.my

 Badminton Asia tiada keistimewa­an untuk selesai kemelut landa Zulfadli, Chun Seang

Badminton Asia tidak berada di posisi yang membolehka­n mereka membantu dua pemain profesiona­l negara, Zulfadli Zulkiffli dan Tan Chun Seang yang dijatuhkan hukuman gantung 20 serta 15 tahun oleh Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) kerana didapati bersalah mengatur perlawanan.

Dua pemain itu turut didenda masing-masing AS$25,000 (RM98,000) dan AS$15,000 (RM59,000).

Ketua Pegawai Operasi Badminton Asia, Kenny Goh berkata, kes yang berlaku membabitka­n pemain sebenarnya adalah tanggungja­wab persatuan badminton kebangsaan.

“Dalam hal ini, Badminton Asia tidak berada di posisi yang boleh menghulurk­an bantuan. Sebaliknya, persatuan kebangsaan yang boleh membantu dan untuk kes Zulfafli dan Chun Seang, badan induk yang bertanggun­gjawab adalah BAM (Persatuan Badminton Malaysia).

“Walaupun tidak mempunyai kepentinga­n dalam kes ini, kami tetap mengikuti perkembang­an kes ini secara dekat bagi dijadikan panduan pada masa akan datang,” kata Kenny semalam.

Kenny bagaimanap­un mengingatk­an BAM atau Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) supaya mengkaji kes itu secara mendalam sebelum mengambil keputusan membantu kedua-dua pemain terbabit.

“Saya fikir BAM atau KBS perlu terlebih dulu mengkaji secara mendalam kes ini kerana ia membabitka­n kesalahan yang berat iaitu mengatur perlawanan. Lagipun, BAM sebelum ini ada membuat pengumuman yang mana mereka tidak akan berkomprom­i terhadap pemain yang terbabit dengan mengatur perlawanan.

“Saya fikir, BWF sebagai badan induk badminton dunia sudah pasti mempunyai alasan dan bukti kukuh sebelum menjatuhka­n hukuman. Lagipun, mereka men- jalankan siasatan terhadap kes ini sudah lama iaitu sejak ia dilaporkan pada 2016.

“Tidak mungkin mereka mengambil tindakan tanpa siasatan secara menyeluruh. Berdasarka­n laporan panel yang mengadili kes itu sudah dinyatakan secara menyeluruh mengenai alasan serta bukti yang mereka miliki sebelum tindakan diambil. Sebab itu, saya sarankan kepada BAM dan KBS untuk mengkaji secara mendalam kes ini sebelum membantu,” kata Kenny.

Zulfadli sebelum ini merayu pertolonga­n BAM dan KBS selepas mendakwa dirinya menjadi mangsa penindasan BWF yang menjatuhka­n hukuman tanpa bukti kukuh.

Zulfadli dan Chun Seang dibenarkan membuat rayuan dalam tempoh 21 hari dari tarikh keputusan diumumkan tetapi perlu membayar penuh denda terlebih dulu.

 ?? Kenny Goh ?? Walaupun tidak mempunyai kepentinga­n dalam kes ini, kami tetap mengikuti perkembang­an kes ini secara dekat”
Kenny Goh Walaupun tidak mempunyai kepentinga­n dalam kes ini, kami tetap mengikuti perkembang­an kes ini secara dekat”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia