Harian Metro

Berputih mata lagi

 Hafizh tamatkan perlumbaan pusingan keempat di tangga ke-16

- Sukhairi Thani sukhairi@nstp.com.my

Pusingan keempat musim 2018 di Grand Prix Sepanyol menyaksika­n pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah

(gambar) sekali lagi tidak dapat menambah mata apabila menduduki tangga ke-16 di Litar Jerez, malam tadi.

Hafizh menamatkan 25 pusingan perlumbaan dengan catatan 42 minit 21.539 saat tatkala tumpuan terarah kepada kemalangan antara dua pelumba Ducati, Jorge Lorenzo, Andrea Dovizioso dan Repsol Honda, Dani Pedrosa di pusingan ke-17 saingan.

Pelumba Monster Yamaha Tech3 itu masih belum pulih daripada kecederaan dialaminya ketika menjalani latihan berbasikal minggu lalu dan setakat empat pusingan ketika ini, Hafizh sudah mengumpul sembilan mata secara keseluruha­n.

Hafizh meraih dua mata di GP Qatar dan tujuh mata di Argentina sebelum terjatuh di Amerika Syarikat, dua minggu lalu.

Sementara itu dalam kelas Moto2, pelumba negara yang mewakili Idemitsu Honda Team Asia, Khairul Idham Pawi menemui penamat terbaiknya setakat empat pusingan musim 2018 ini apabila berada di tangga ke-18 di Jerez.

Khairul Idham Pawi melengkapk­an 23 pusingan perlumbaan dengan catatan 40 minit 07.723 saat tatkala seorang lagi wakil negara, Zulfahmi Khairuddin (SIC Racing) terjatuh pada pusingan kesembilan, sekali gus tidak menamatkan perlumbaan.

Dalam kelas Moto3, Adam Norrodin hampir meraih satu mata berharga di Jerez namun persaingan sengit meletakkan­nya untuk hanya berpuas hati di tangga ke-16.

Rakan sepasukann­ya di PETRONAS Sprinta Racing, Ayumu Sasaki meraih penamat ke-12 untuk membawa pulang empat mata.

“Persaingan yang sengit dan saya sudah tidak dapat lagi mengejar (kelompok depan) dan ia sudah terlewat,” kata Adam.

“Saya dapati ada beberapa pelumba yang terjatuh di depan dan saya rasakan ia satu peluang untuk mencari mata.

“Di pusingan terakhir perlumbaan dan sebelum selekoh akhir, saya mendahului kelompok disertai tapi saya

tidak cukup baik di selekoh akhir dan kami terlepas kutipan mata untuk minggu ini.”

Pusingan kelima musim 2018 akan diadakan di Le Mans, Perancis pada 20 Mei ini.

 ??  ?? KHAIRUL Idham
KHAIRUL Idham
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia