Harian Metro

Peluang tebus kesilapan

- Aida Adilah Mat aida_adilah@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Masih ada ruang dan peluang buat jaguh lompat kijang negara, Hakimi Ismail (gambar) memperbetu­lkan kesilapan ketika di temasya Sukan Komanwel apabila beraksi pada Sukan Asia Indonesia, Ogos depan.

Beraksi buat kali pertama di Komanwel memberi pengalaman berharga buat atlet kelahiran

Perak itu yang kini mula menyusun strategi supaya dapat menyerlah di Indonesia.

Kata Hakimi, dia bersama jurulatih Victor Sotnikov sudah menghantar permohonan kepada Program Podium untuk menjalani latihan di Eropah supaya mencapai tahap kemuncak

prestasi ketika di Sukan Asia.

Menurutnya, lokasi pilihan adalah London dan beberapa negara lain kerana kejohanan di luar negara lebih berprestij dari segi persaingan dengan penganjura­n lebih teratur.

“Permohonan sudah dihantar kepada Program Podium dan kini hanya tunggu keputusan sama ada mendapat pelepasan atau tidak.

“Jika diluluskan mungkin saya ke sana hujung bulan ini atau awal Julai depan,” katanya.

Tegas atlet berusia 26 tahun itu, dia masih belum mendapat peluang mempamerka­n prestasi sebenar ketika di Gold Coast kerana tersalah percaturan pada aksi final.

Bagaimanap­un berdasarka­n keputusan diperoleh, Hakimi yakin masih ada peluang untuk memperbaik­i dan kejohanan terdekat disertainy­a adalah Terbuka Malaysia dari 11 hingga 13 Mei ini.

“Saya tidak menyasarka­n apa-apa di Terbuka Malaysia. Sekadar menyertai pertanding­an itu dan melihat prestasi selepas Komanwel.

“Jika dapat melakukan lompatan 16 ke 17 meter, mungkin petanda baik menjelang Sukan Asia.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia