Harian Metro

Day kuasai Quail Hollow

-

Miami, Amerika Syarikat: Pemain Australia, Jason Day

yang memburu gelaran Jelajah PGA ke-12 kariernya dan kedua tahun ini, mencatat empat bawah par 67 untuk mendahului Kejuaraan Wells Fargo selepas tiga pusingan.

Day, yang meraih gelaran utama tunggalnya pada Kejuaraan PGA 2015, mengumpul 10 bawah par 203 selepas 54 lubang di lapangan Quail Hollow di Charlotte, Carolina Utara.

“Jika saya dapat sampai ke green lebih banyak dan hampir dengan pin, saya rasa saya mungkin berpeluang sekiranya dapat melakukan putt,” kata Day akan turun dalam kumpulan terakhir dengan Nick Watney, yang mengumpul 205 pukulan untuk memburu gelaran PGA pertamanya dalam tempoh enam tahun.

Kelompok di tangga ketiga dengan 206 pukulan termasuk Paul Casey dari England, Aaron Wise, Bryson DeChambeau dan Peter Uihlein, yang mencatat pusingan 62, satu pukulan untuk menyamai rekod lapangan 61 oleh Rory McIlroy.

Tiger Woods yang mencatat 68 pukulan untuk berkongsi tangga ke-14 dengan 214, berusaha mengekalka­n rentaknya pada kejohanan pertama sejak Masters AS selepas dua tahun berehat kerana kecederaan belakang.

“Saya mengubah hayunan putt saya sedikit. Saya hampir mencatat tujuh bawah par dalam sembilan lubang terakhir,” kata Woods.

“Saya berpeluang mencatat tujuh bawah par tapi berakhir dengan tiga.”

Selepas ini Woods akan bersiap sedia untuk mencabar pemain terbaik Jelajah pada Kejuaraan Pemain minggu depan. - AFP

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia