Harian Metro

Vettel tak gentar hadapi Hamilton

-

Baku, Azerbaijan: Sebastian Vettel menegaskan dia tidak gusar kehilangan kedudukan pendahulu kejuaraan pemandu kepada seteru utama, Lewis Hamilton selepas berakhir Grand Prix Azerbaijan.

Vettel pada mulanya dilihat mampu melakar rekod kemenangan kali ketiga musim ini di Baku, namun dia terlepas kedudukan pendahulu kepada Valtteri Bottas selepas mengekori kereta keselamata­n sebelum jatuh di tangga keempat.

Bottas kemudian gagal menamatkan perlumbaan ketika berbaki tiga pusingan sekali gus menyaksika­n Hamilton meraih kemenangan pertama musim ini dengan

(gambar)

kelebihan empat mata di tempat teratas.

Vettel bersikap positif selepas menyaksika­nnya berjaya meraih petak pertama tiga kali berturut-turut sekali gus percaya prestasi cemerlang Ferrari itu mampu memberi cabaran kepada Mercedes dalam apa juga situasi.

“Apa yang paling penting kami mempunyai pakej jentera bagus. Kami mempunyai kereta yang cemerlang dalam sesi kelayakan,” kata Vettel.

“Jika kami mampu meletakkan jentera di petak paling depan, maka kami mempunyai peluang besar untuk memenangi perlumbaan.

“Saya tak risau langsung kerana ia jauh berbeza berbanding tahun lalu apabila kami tidak kompetitif di hampir semua sesi kelayakan. “Kadang-kadang pada hari perlumbaan, ada pemandu yang melalui hari yang baik dan sebaliknya. Begitu juga yang berlaku kepada Bottas dan inilah lumrah perlumbaan.” - Agensi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia