Harian Metro

HILANG ‘RAMUAN’

- AFP

 Pochettino mahu pemain buru kemenangan dua aksi terakhir

West Bromwich, England

Mauricio Pochettino menyaksika­n Tottenham Hotspur kendaliann­ya kehilangan arah dalam perebutan ke Liga Juara-Juara, sekali gus mahu pemainnya lebih agresif dalam dua perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris.

Pengurus Spurs itu kelihatan resah susulan kekalahan 0-1 kepada West Bromwich Albion yang bangkit dengan gol saat akhir, awal pagi semalam.

Namun, beliau mengakui pasukannya kehilangan ramuan penting dalam serangan apabila memberikan West Brom kemenangan yang mencerahka­n peluang tidak tersingkir ke liga bawahan selepas Southampto­n yang juga berada dalam kelompok tercorot gagal meraih sebarang kemenangan apabila seri 1-1 dengan Everton.

“Kami kurang agresif ketika menguasai bola,” kata Pochettino yang pasukannya kini ketinggala­n satu mata di belakang pasukan tangga ketiga Liverpool.

“Semua orang boleh melihat perlawanan itu, kami mendominas­i perlawanan tapi jika anda tidak klinikal di depan gol, peluang sentiasa terbuka buat lawan.”

Kekalahan itu memberi kesan ketara terhadap harapan Tottenham yang bukan saja mahu berada dalam kelompok tiga teratas bagi menjamin kelayakan ke Liga Juara-Juara awal musim depan, malah mungkin gagal berada dalam kelompok empat teratas.

Semua itu disebabkan gol akibat kekalutan pada minit terakhir apabila Jake Livermore melakukan penyudah ketika dia dan pertahanan Danny Rose cuba mendapatka­n bola dalam keadaan kelam-kabut.

Bagaimanap­un, Spurs masih berpeluang memandangk­an mereka bermain di laman sendiri bagi dua perlawanan terakhir menentang Newcastle dan Leicester yang dikatakan tidak mampu memberi impak.

“Kami perlu menilai mengapa prestasi kami menjunam sedikit,” kata Pochettino yang pasukannya beberapa kali dihalang penjaga gol tuan rumah Ben Foster, yang berjaya menyelamat­kan percubaan antaranya menerusi

Harry Kane dan

Erik Lamela.

“Namun, segalanya masih dalam kawalan jadi kami perlu bekerja keras untuk dua perlawanan berikutnya tapi itulah peluang kami ke

Liga Juara-Juara musim depan.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia