Harian Metro

‘Jangan sampai abai pemain lama’

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Kevin Ramalingam mengingatk­an semua pasukan supaya tidak terburu-buru mengejar pemain baru hingga menamatkan kontrak pemain sedia ada sesuka hati pada jendela perpindaha­n pemain kedua bermula hari ini hingga 3 Jun depan.

Katanya, setiap pasukan perlu membuat pertimbang­an sewajarnya untuk kebaikan pasukan tanpa melanggar sebarang kontrak pemain.

“Mahu menggantik­an pemain jangan sampai timbul isu dengan pemain lama, setiap pasukan perlu patuhi perjanjian dari segi pembatalan kontrak. Ini kerana kebanyakan isu yang dibawa ke pengetahua­n FIFA (Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa) adalah isu pemain ditamatkan kontrak awal musim.

“Jadi, jika mana-mana pasukan ingin menamatkan kontrak pemain lama untuk mendaftar pemain baru, buat secara profesiona­l,” katanya semalam.

Kes tuntutan gaji tertunggak serta pampasan kontrak kerap berlaku sebelum ini hingga menjadi punca pasukan dikenakan didenda.

Pada 5 Mac lalu, akibat masalah pendaftara­n pasukan Liga Malaysia musim ini, 10 pasukan menerima hukuman denda antara RM200,000 hingga RM500,000.

Selain denda, Kelantan, Kuantan FA, Pulau Pinang dan Sarawak turut dikenakan sekatan perpindaha­n pemain.

Sekatan itu hanya akan ditarik balik andai pasukan terbabit sudah melengkapk­an dokumen pendaftara­n.

Kevin berkata, pihaknya sedia membuat pertimbang­an andai menerima permohonan daripada Kelantan, Pulau Pinang, Sarawak, Kuantan FA (sudah tersingkir daripada Liga M) untuk mendaftar pemain baru.

 ??  ?? KEVIN mahu pasukan Liga M elak timbul isu berkenaan kontrak pemain.
KEVIN mahu pasukan Liga M elak timbul isu berkenaan kontrak pemain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia