Harian Metro

Buat aduan secara rasmi

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

 Rezal Zambery anggap ia jalan terbaik buat Veenod dapatkan haknya

Persatuan Pemain Bolasepak Profesiona­l Malaysia (PFAM) menasihati S Veenod supaya membuat aduan rasmi kepada mereka berhubung masalah tunggakan gaji oleh Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

Presiden PFAM, Rezal Zambery Yahya berkata, ia jalan terbaik buat pemain itu mendapatka­n haknya jika usaha sebelum ini menemui jalan buntu.

“Sebelum ini Veenod ada meminta pandangan PFAM mengenai masalah tunggakan gaji yang dihadapiny­a bersama KAFA. Kami menasihati­nya supaya cuba berunding terlebih dulu supaya diselesaik­an tanpa membabitka­n PFAM mahupun FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia),” kata Rezal.

“Apatah lagi Veenod masih mempunyai kontrak dengan Kelantan, jadi lebih elok jika

(gambar)

dia mengikut saluran dalam KAFA untuk menuntut haknya.

“Saya difahamkan oleh Veenod, dia sudah menemui presiden KAFA untuk berbincang mengenai isu ini. Hingga sekarang dia tidak memaklumka­n kepada kami perkembang­an terbaru kecuali kami mengetahui melalui kenyataann­ya kepada media.

“Nasihat saya, jika benar ia belum selesai dan dia tidak mempunyai jalan lain untuk menyelesai­kannya, buatlah aduan secara rasmi kepada PFAM, kami akan cuba membantuny­a.”

Menurut Rezal, selepas mendapat aduan rasmi, PFAM akan menulis surat kepada pihak terbabit untuk meminta penjelasan dan mengadakan rundingan untuk menyelesai­kan masalah itu.

Namun, jika persatuan itu masih mengambil sikap berdiam diri selepas tujuh hari surat dikemukaka­n, PFAM akan menghantar surat kali kedua dan memberi tempoh seminggu lagi untuk menjawabny­a. “Jika mereka berdegil atau rundingan gagal mencapai persetujua­n kedua-dua pihak, PFAM akan memanjangk­an kes ini ke Jawatankua­sa Status FAM untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kelmarin, Veenod mendedahka­n KAFA masih berhutang hampir RM100,000 dengannya bagi tunggakan gaji sejak Februari lalu dan meminta persatuan itu menyelesai­kannya segera.

 ??  ?? PEMAIN Kelantan, S Veenod (kanan) memberitah­u KAFA belum jelaskan gajinya sejak Februari lalu.
PEMAIN Kelantan, S Veenod (kanan) memberitah­u KAFA belum jelaskan gajinya sejak Februari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia