Harian Metro

Pemain muda TRW berjaya galas tugas

- Attirmidzi­e Rahman sukanteam@nstp.com.my

Kota Bharu: Ketua jurulatih Kelantan, Fajer Ebrahim

menganggap kemenangan pertama diperoleh malam kelmarin adalah ‘Isyarat kebangkita­n’ pasukannya bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Skuad The Red Warriors (TRW) yang dibarisi pemain muda seolah-olah mendapat suntikan magis Fajer selepas menjinakka­n Kuala Lumpur 4-2 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Fajer berkata, perlawanan itu dianggap bukti dan balasan setimpal atas usaha keras pemainnya sepanjang berada di bawah kendaliann­ya.

“Seperti saya beritahu jika (pemain) selalu berusaha tidak kira ketika di padang latihan atau perlawanan sebenar,

(gambar)

kita pasti mendapatka­n tiga mata penuh,” katanya.

“Saya bangga dengan semua pemain kerana bukan senang bagi pemain muda beraksi dalam suasana perlawanan liga utama, sudah pasti mereka akan dibezakan dengan pengalaman.

“Insya-Allah dengan pengalaman saya yang pernah melatih pemain muda di Syria yang kemudian membawa pemain muda ke skuad utama kebangsaan, saya yakin pasukan ini berkembang kerana itu akan diterapkan sepenuhnya dalam pasukan ini.”

Pada aksi malam kelmarin, enam gol terhasil di stadium keramat Kelantan dengan jaringan dihasilkan Nik Azli Nik Alias (m-9); Shafiq Shaharuddi­n (m-15, 68), Nik Akif Syahiran Nik Mat (m-88) sementara gol pelawat dihasilkan Indra Putra Mahayuddin (m-79)

Zhafri Yahya (m-90).

“Saya bekerja di sini untuk Kelantan, untuk Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan, Bibi Ramjani Ilias Khan... Beliau (Bibi) amat menyokong pasukan dan juga seorang presiden bola yang bagus.”

dan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia