Harian Metro

DUA SAHABAT MAUT

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@nstp.com.my

Dua sahabat maut selepas motosikal ditunggang­i bertembung dengan sebuah bas sebelum dilanggar tiga kenderaan lain dalam kejadian di Kilometer 40 Jalan Lubok Antu-Sri Aman, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, Celvin Inggol Ogos, 20, yang menunggang motosikal manakala Domanick Ubong, 16, pembonceng motosikal disahkan maut di lokasi akibat kecederaan parah di kepala serta badan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Superinten­dan Alexson Naga Chabu berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang maut menunggang motosikal Modenas cuba untuk memotong rakannya yang menunggang dua motosikal.

Beliau berkata, Celvin yang menunggang motosikal berkenaan bagaimanap­un hilang kawalan ketika tiba di selekoh sebelum memasuki laluan bertentang­an.

“Dalam masa sama, datang sebuah bas dari arah bertentang­an sebelum merempuh motosikal mangsa.

“Mangsa kemudianny­a dirempuh dua motosikal yang ditunggang­i rakan mangsa dan sebuah kereta Honda City dipandu lelaki dari arah sama yang tidak sempat mengelak,” katanya.

Alexson berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sri Aman untuk bedah siasat manakala penunggang yang cedera menerima rawatan di hospital sama.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan polis sudah mengambil keterangan daripada pemandu dan penunggang yang terbabit.

 ??  ?? Penunggang dan pembonceng cedera parah di badan dan
kepala KEADAAN bas yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di Jalan
Lubok Antu-Sri Aman.
MOTOSIKAL mangsa yang terbabit dengan kemalangan.
Penunggang dan pembonceng cedera parah di badan dan kepala KEADAAN bas yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di Jalan Lubok Antu-Sri Aman. MOTOSIKAL mangsa yang terbabit dengan kemalangan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia