Harian Metro

2,000 tonton teater muzikal

 Solungkoi: Jambatan Tamparuli dapat sambutan

- Mohd Nazllie Zainul am@hmetro.com.my

Hampir 2,000 penonton hadir memenuhi Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah di sini sempena persembaha­n teater muzikal Solungkoi: Jambatan Tamparuli.

Persembaha­n bermula kelmarin hingga hari ini, pementasan teater selama tiga jam itu adalah antara pengisian Sabah Fest 2018.

Antara pelakon menjayakan teater muzikal itu ialah Hosiani Jaimis, Dane Kovacs, Joe Japrin, Dayang Hasnah Ibrahim dan Sakinah.

Pengarah Artistik dan Penulis Skrip Solungkoi: Jambatan Tamparuli, Johan Sawajaan berkata, seramai 130 orang membabitka­n pelakon, penari dan kru belakang tadbir terbabit menjayakan pementasan teater adaptasi legenda masyarakat Tamparuli itu.

Katanya, pemilihan pelakon utama untuk teater itu diputuskan selepas mereka menghadiri sesi uji bakat yang sudah dijalankan.

“Kita menjalanka­n uji bakat bagi mendapatka­n pelakon terbaik dan sesuai dengan semua watak dalam naskhah ini termasuk watak Robinson yang dipegang oleh Dane Kovacs.

“Kita sendiri tertarik untuk memilihnya kerana keupayaan dia bertutur dalam loghat Bahasa Melayu Sabah seiring keperluan watak Robinson itu sendiri,” katanya ditemui selepas pementasan.

Dalam pada itu, Johan berkata, pihaknya menerima banyak respon positif penonton yang hadir menyaksika­n persembaha­n.

“Ramai berpuas hati dan menyatakan teater yang diketengah­kan pada Sabah Fest kali ini berbeza daripada yang sudah dipentaska­n sebelum ini.

“Saya melihat ini sebagai salah satu ruang serta peluang untuk kita menonjolka­n industri pementasan teater di negeri ini.

“Secara tidak langsung kita boleh mengangkat lebih banyak naskhah cerita rakyat yang ada di setiap daerah untuk dipentaska­n bagi tontonan generasi baru serta pelancong antarabang­sa yang datang ke Sabah,” katanya.

 ??  ?? ANTARA pelakon persembaha­n teater muzikal Solungkoi: Jambatan Tamparuli sempena Festival Sabah 2018.
ANTARA pelakon persembaha­n teater muzikal Solungkoi: Jambatan Tamparuli sempena Festival Sabah 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia