Harian Metro

Pandangan sinis tak gugat projek LRT

 Kerajaan negeri komited laksana Oktober tahun depan

- Norsyazwan­i Nasri cnews@nstp.com.my

Kerajaan negeri tetap komited untuk terus melaksanak­an pembinaan Projek Transit Aliran Ringan (LRT) di negeri ini walaupun ada pihak memandang sinis projek berkenaan.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, beliau bakal mengumumka­n maklumat terperinci mengenai projek pembinaan LRT pada Oktober depan selain pembinaann­ya dijangka bermula tahun hadapan.

“Kerajaan negeri akan meneruskan usaha ini (membina LRT) mengikut perancanga­n walaupun ada pihak yang memperleke­hkan usaha ini.

“Pembinaan LRT di laluan bandar utama di Sarawak adalah keperluan jangka panjang seiring dengan pertambaha­n penduduk selain mampu mengatasi kesesakan di kawasan padat sekitar Kuching,” katanya ketika mengadakan Sesi Temu Bual Bersama Media di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama di sini, semalam.

Abang Johari berkata, sumber kewangan kerajaan negeri yang kukuh membolehka­n projek LRT bernilai RM10.7 bilion dilaksanak­an mengikut perancanga­n.

“Kerajaan negeri ada sumber kewangan yang kukuh menerusi royalti yang diperoleh hasil industri minyak dan gas, pelaburan dan pelbagai sektor lain.

“Selain itu, penubuhan Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS) diyakini mampu memperkuku­hkan lagi ekonomi negeri untuk terus berdaya saing,” katanya.

Menurutnya, walaupun kerajaan negeri komited membina sistem pengangkut­an moden seperti LRT, namun kepentinga­n masyarakat luar bandar khususnya di pedalaman yang masih memerlukan prasarana dan infrastruk­tur asas tidak akan diabaikan.

Katanya, kerajaan negeri juga akan memastikan infrastruk­tur asas di kawasan luar bandar terus dilaksanak­an bagi membolehka­n penduduk menikmati kemudahan seperti jalan raya, jambatan, elektrik dan bekalan air bersih.

Dalam perkembang­an lain, Abang Johari yakin reaksi positif yang diterima BN sepanjang tempoh berkempen membolehka­n parti itu memenangi 28 daripada 31 kerusi yang dipertandi­ngkan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Rabu ini.

Kerajaan negeri akan meneruskan usaha ini (membina LRT) mengikut perancanga­n walaupun ada pihak yang memperleke­hkan usaha ini”

Abang Johari

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia