Harian Metro

Nyaris jual tanah

 Yayasan Sabah penyelamat pendidikan generasi masa depan

- Olivia Miwil cnews@nstp.com.my

Kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui Yayasan Sabah komited terus memberi bantuan kepada rakyat negeri ini menerusi pelbagai program, termasuk biasiswa pelajar.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata, sejak penubuhan Yayasan Sabah pada 1967, ia tidak pernah berhenti menyumbang dalam sektor pendidikan.

“Suatu ketika, Yayasan Sabah hampir menjual tanahnya, tetapi kami (kerajaan BN) menghentik­annya daripada berlaku kerana tahu yayasan itu untuk generasi masa depan.

“Usaha dilakukan kerajaan membolehka­n Yayasan Sabah terus berkembang dan asetnya kini bernilai berbilion ringgit, sekali gus dapat meneruskan pemberian biasiswa kepada pelajar anak Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarka­n program Yayasan Sabah Bersama Rakyat di Dataran Pekan Nabawan di sini, semalam.

Turut hadir, penyandang Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup dan anaknya, Arthur yang kini calon BN Parlimen itu, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook, Datuk Ellron Angin serta Timbalan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Rosmawati Lasuki.

Musa berkata, Bapa Kemerdekaa­n Sabah, Allahyarha­m Tun Datu Mustapha Datu Harun menubuhkan Yayasan Sabah dengan harapan ramai pelajar tempatan berpeluang melanjutka­n pengajian di Kuala Lumpur dan luar negara pada masa itu.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah berkata, antara 1967 dan 2017, yayasan itu menaja RM653 juta kepada 101,730 pelajar, selain menubuhkan Kolej Universiti Yayasan Sabah.

“Daripada bergantung kepada pembalakan sebagai hasil utamanya, kini Yayasan Sabah memperluas portfolio perniagaan termasuk memiliki ladang sawit, produk pelanconga­n serta sektor berkaitan lain,” katanya

 ??  ?? MUSA melancarka­n program Yayasan Sabah Bersama Rakyat di Dataran Pekan Nabawan, semalam.
MUSA melancarka­n program Yayasan Sabah Bersama Rakyat di Dataran Pekan Nabawan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia