Harian Metro

7 rumah panjang dapat air bersih

-

Mukah: Peruntukan RM6.8 juta disalurkan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membekalka­n air bersih kepada tujuh rumah panjang di Nanga Semah, Daro di sini, yang dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang hujung tahun ini.

Rumah panjang yang menikmati kemudahan itu antaranya Rumah Ameit, Sipang, Jantai, Belinau, Iboh, Rantai dan Endo, selain klinik kesihatan dan sekolah rendah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, projek dilaksanak­an menerusi program Bekalan Air Alternatif (SAWAS) itu bermula 31 Oktober lalu memudahkan penduduk setempat menjalanka­n aktiviti harian.

Katanya, kini kerja pemasangan saluran paip rancak dijalankan bagi membolehka­n bekalan air disalurkan terus ke rumah panjang berkenaan. “Setakat ini projek berkenaan dilaksanak­an mengikut jadual dan kami berharap siap sepenuhnya mengikut masa.

“Kerajaan negeri di bawah BN sentiasa memastikan kemudahan infrastruk­tur disediakan sebaiknya sebagai bukti BN mampu membawa perubahan menerusi pembanguna­n kepada Sarawak dan rakyat,” katanya selepas berkempen bersama calon Barisan Nasional (BN) Igan, Ahmad Johnie Zawawi di sini, kelmarin.

Dalam program sama, beliau turut merasmikan jalan simen sepanjang 585 meter bernilai RM500,000 yang dibina menerusi Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP).

Safiee berkata, Kerajaan Pusat turut menyalurka­n peruntukan tambahan RM200,000 bagi pembinaan baki jalan di rumah panjang berkenaan bagi memudahkan urusan penduduk.

 ??  ?? AHMAD Johnie (tiga dari kiri) dan Safiee ketika kunjungan ke Nanga Semah, Mukah.
AHMAD Johnie (tiga dari kiri) dan Safiee ketika kunjungan ke Nanga Semah, Mukah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia