Harian Metro

SI CILIK RAJA GELANGGANG

Budak tujuh tahun ikut jejak dua abang menang enam daripada tujuh acara Muay Thai

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

Saya sertai tujuh pertanding­an dan hanya tewas satu perlawanan saja

Iskandar Danish

Di saat kanak-kanak seusianya masih leka dengan alat mainan, dia didedahkan dengan aktiviti lasak di gelanggang.

Malah, di sebalik susuk tubuh kecil kanak-kanak berusia tujuh tahun ini, dia memenangi enam daripada tujuh pertanding­an di peringkat negeri dan kebangsaan sehingga digelar sebagai King Iskandar.

Dia adalah Iskandar Danish Mohd Ezry A’zamin yang juga adik kepada juara Kejohanan Seni Mempertaha­nkan Diri Muay Thai Peringkat Antarabang­sa 2016 iaitu Iskandar Zulkarnain, 13, dan pemegang tali pinggang Menteri Besar Perak, Iskandar Hazriq, 11, yang kini berada di Rhodes, Greece bagi pertanding­an World Muay

Championsh­ip yang dijadualka­n berlangsun­g selama 10 hari bermula 1 Mei lalu.

Anak bongsu daripada tiga beradik terbabit turut menyimpan impian untuk mengikuti jejak langkah dua abangnya itu bagi mengharumk­an nama negara dalam pertanding­an Muay Thai sehingga ke peringkat antarabang­sa.

Menurut Iskandar Danish, sejak kecil dia didedahkan dengan seni mempertaha­nkan diri berikutan bapanya, Mohd Ezry A’zamin Abd Wahab adalah jurulatih bagi Kelab Tomoi GCS.

“Perkara itu membuatkan saya turut meminati aktiviti gelanggang ini dan mahu mengikut jejak langkah abang yang mencipta nama di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa.

“Saya mula bergiat aktif pada usia empat tahun dan kerap berlatih bersama dua abang di gimnasium serta gelanggang Kelab Tomoi GCS dengan tunjuk ajar daripada ayah.

“Selepas dua tahun berlatih saya mula dibenarkan menyertai pertanding­an di peringkat negeri dan kebangsaan.

“Sehingga kini saya menyertai tujuh pertanding­an dan hanya tewas satu perlawanan saja,” katanya.

Jelas anak kelahiran Perak itu, dia memperuntu­kkan masa sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk berlatih bagi meningkatk­an stamina dan ketangkasa­n berlawan di gelanggang.

“Kebiasaan saya buat latihan selama dua jam pada sebelah petang atau malam. Namun, ia bergantung kepada pertanding­an sekiranya ada perlawanan saya menjalani latihan berterusan setiap hari sebagai persediaan,” katanya.

Murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Changkat Jering, Perak itu berkata, walaupun banyak menghabisk­an masa untuk latihan, dia tidak pernah mengabaika­n pelajaran.

Katanya, pihak sekolah juga memberikan galakan terhadap pembabitan­nya dalam pertanding­an seni mempertaha­nkan diri Muay Thai.

“Malah, guru besar turut memberikan kerjasama bagi membantu saya menguruska­n masa dalam memastikan saya tidak ketinggala­n dalam aspek pelajaran walaupun bergiat aktif dalam pertanding­an

Muay Thai.

“Jadi, saya perlu mendisipli­nkan diri untuk membahagik­an masa untuk ulang kaji pelajaran dan berlatih,” katanya.

Sementara itu, Mohd Ezry A’zamin berkata, walaupun dia dan isteri, Fazlyna Mohd Yusof, 34, memberikan galakan sepenuhnya untuk anak bergiat aktif bagi aktiviti pertanding­an Muay Thai, mereka tetap menitikber­atkan aspek pelajaran terhadap anak mereka.

“Saya tidak menghalang walaupun apa yang mereka (anak) meminati adalah bidang pernah saya ceburi se- belum ini. Malah, saya turut memberikan galakan dan sentiasa berusaha untuk menggilap bakat mereka supaya dapat pergi lebih jauh sehingga mengharumk­an nama negara,” katanya.

Mohd Ezry A’zamin yang hampir 20 tahun membabitka­n diri dalam seni mempertaha­nkan diri Muay Thai berkata, dia bersyukur kerana kemudahan gimnasium dan gelanggang disediakan Kelab Tomoi GCS membolehka­n dia menggilap lebih ramai lagi bakat baru termasuk anaknya sendiri.

 ??  ??
 ??  ?? ISKANDAR Danish berlatih menguatkan kaki. ISKAN DAR Zu lkar n ain berlatih bersama Iskandar Hazriq.
ISKANDAR Danish berlatih menguatkan kaki. ISKAN DAR Zu lkar n ain berlatih bersama Iskandar Hazriq.
 ??  ?? MOHD Ezry melatih Iskandar Danish.
MOHD Ezry melatih Iskandar Danish.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia