Harian Metro

DADAH DALAM DINDING

- Teoh Pei Ying dan Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

 Geng Ah Tee tanam dadah RM4.8 juta di dalam dinding

Sindiket kartel dadah Mexico sering mengamalka­n taktik popular dengan menyembuny­ikan dadah di dalam tembok atau menanamnya di lantai kediaman.

Taktik sama diguna pakai kumpulan penjenayah Geng Ah Tee Jinjang yang dikesan menanam dadah bernilai RM4.8 juta di dalam dinding rumah yang disewa di Bukit Idaman, Batu Caves, Selangor di sini.

Muslihat itu bagaimanap­un terbongkar apabila dadah jenis methapheta­mine seberat 96.7 kilogram itu berjaya dirampas polis, Khamis lalu.

Rahsia itu didedahkan selepas polis menahan seorang wanita bersama tiga lelaki di sebuah hotel di Jalan Pasar Baharu di sini, kira-kira jam 7 malam, Rabu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, semua suspek berusia antara 36 dan 53 tahun itu ditahan bersama sepeket dadah jenis methapheta­mine di hotel berkenaan.

“Hasil soal siasat terhadap wanita tempatan berusia 36 tahun itu membawa kepada penemuan 96.7 kilogram dadah methapheta­mine yang disembunyi­kan di dalam dinding makmal dadah bawah tanah yang dibina sindiket terbabit di rumah sewa berkenaan jam 8.30 malam, Khamis lalu.

“Dadah itu dipercayai dihasilkan di rumah sama yang dijadikan sebagai makmal memproses dadah untuk pasaran di sekitar Lembah Klang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, semalam.

Harian Metro sebelum ini melaporkan polis menahan lima individu berusia 30 hingga 52 tahun termasuk ketua Geng Ah Tee Jinjang di rumah sewa itu yang dijadikan makmal memproses dadah selain merampas lebih 17 kilogram dadah methapheta­mine bernilai RM1.26 juta pada 30 Mac lalu.

Mazlan berkata, pemeriksaa­n pihaknya sebelum ini tidak menemui dadah berkenaan yang disembunyi­kan di sebalik dinding berkeluasa­n empat kaki (lebar), dua kaki (dalam) dan 10 kaki (tinggi).

“Kami terpaksa memecah dinding rumah terbabit sebelum menemui daripada dah berkenaan.

“Kami percaya saki-baki ahli kumpulan ini merancang untuk mendapatka­n semula dadah berkenaan dengan menceroboh rumah sewa terbabit yang disita polis selepas serbuan pertama,” katanya.

Beliau berkata, semakan mendapati wanita berkenaan mempunyai rekod jenayah lampau membabitka­n kesalahan dadah.

“Selain itu, seorang da- tiga lelaki yang ditahan dalam serbuan terbabit mempunyai rekod jenayah berkaitan samun dan dadah.

“Keempat-empat suspek didapati positif dadah methapheta­mine. Mereka direman selama lima hari bermula Rabu lalu hingga hari ini dan akan disambung bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 B dan Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MAZLAN (tengah) bersama pegawainya menunjukka­n dadah jenis methapheta­mine seberat 96.7kg dengan nilai RM4.8 juta yang berjaya dirampas.
MAZLAN (tengah) bersama pegawainya menunjukka­n dadah jenis methapheta­mine seberat 96.7kg dengan nilai RM4.8 juta yang berjaya dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia