Harian Metro

KELUARGA HALANG MAHATHIR KE PUSARA NIK AZIZ

Keluarga kunci pagar halang Dr Mahathir ziarah pusara Nik Aziz

- Sharifah Mahsinah Abdullah cnews@nstp.com.my

Keluarga bekas Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengunci pintu pagar perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka di sini bagi menghalang calon Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad menziarahi pusara itu, semalam.

Tindakan mengunci pagar kubur dibuat Mudir Maahad Tahfiz dan Pengajian Al-Quran Nik Matillah, Fazilah Hakimi jam 9.30 pagi atas arahan anak arwah Nik Aziz, Nik Adli.

Nik Adli berkata, tindakan itu demi ‘menjaga perasaan keluarga’.

“Tindakan ini dibuat atas persetujua­n keluarga.

“Itu saja komen saya setakat ini dan tolong dapatkan kenyataan sebenar daripada sepupu saya (Ahmad Dusuki Abd Rani),” katanya tanah perkuburan itu di sini, semalam.

Seorang keluarga terdekat berkata, arahan itu sebenarnya datang daripada isteri arwah Nik Aziz, Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Sementara itu, Ahmad Dusuki berkata, tindakan itu bukan menghalang Dr Mahathir dan rombongan daripada memasuki tanah perkuburan itu, tetapi lebih kepada menutup ruang dari tercetusny­a perpecahan (keluarga dan parti).

“Ini cara mencegah pepecahan berlaku.

“Kami tak mahu setengah pihak cuba memainkan isu ini menjelang pilihan raya.

“Cukup sudah apa yang berlaku dalam keluarga dan kami sarankan pihak tertentu jangan lagi menimbulka­n keresahan dalam keluarga lagi, ” kata.

 ??  ??
 ??  ?? LORI diletakkan di hadapan pintu masuk Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka bagi menghalang diziarahi rombongan Dr Mahathir, semalam.
LORI diletakkan di hadapan pintu masuk Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka bagi menghalang diziarahi rombongan Dr Mahathir, semalam.
 ??  ?? FAZILAH Hakimi mengunci pintu pagar Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka.
FAZILAH Hakimi mengunci pintu pagar Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka.
 ??  ?? AHMAD Dusuki (tengah) menjelaska­n tindakan ahli keluargany­a.
AHMAD Dusuki (tengah) menjelaska­n tindakan ahli keluargany­a.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia