Harian Metro

ARTIS JELITA KANTOI

Ditahan apabila ditemui khayal selepas terbabit dalam kemalangan

- Hasbi Sidek dan Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my Kuala Lumpur

Erimin 5 ditemui dalam beg tangan pelakon drama Paku Puntianak selepas nahas

Seorang pelako wanita popular ditahan polis selepas didapati memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Erimin 5 di dalam beg tangan milikya semalam. Bagaimanap­un ujian saringan awal air kencing dilakukan terhadap pelakon itu didapati negatif, lapor Hasbi Sidek & Nurul Hidayah Bahaudin

Seorang pelakon wanita popular ditahan polis selepas didapati memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Erimin 5 di dalam beg tangan miliknya, semalam.

Sumber berkata, dadah itu ditemui selepas pelakon jelita berusia 26 tahun itu dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddi­n Helmi jam 11.45 pagi, semalam.

“Pelakon yang juga kakak dua pelakon wanita yang kerap membintang­i drama didakwa memandu pacuan empat roda model Range Rover sebelum melanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda BRV di kawasan itu.

“Anggota polis Unit Peronda MPV Balai Polis TTDI kemudian segera ke lokasi kejadian sebelum menemui seorang lelaki tempatan yang menjadi mangsa langgar itu,” katanya.

Menurutnya, pelakon wanita yang masih bujang itu didapati dalam keadaan khayal sebelum dia dibawa ke balai polis itu untuk pemeriksaa­n.

Katanya, anggota polis wanita membuat pemeriksaa­n pada tubuh dan beg tangan milik pelakon terbabit sebelum menemui enam bungkusan aluminium berisi 53 pil dadah Erimin 5 dianggarka­n seberat lebih 14 gram dalam beg tangan miliknya.

“Semua dadah itu dianggarka­n lebih RM600 mengikut harga pasaran.

“Ujian saringan awal air kencing terhadap pelakon wanita itu didapati negatif dadah. Dia kini ditahan di balai polis untuk siasatan,” katanya.

Antara drama yang pernah dibintangi artis terbabit adalah Hero Seorang Cinderella, Tundukkan Playboy Itu dan Paku Puntianak.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim yang dihubungi mengesahka­n tangkapan artis wanita terbabit dan suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagaimanap­un, artis wanita itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan lengkap dilakukan, malam tadi.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MAZLAN
MAZLAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia