Harian Metro

DAP KILANG FITNAH

KEMARUK BELI ‘PENONTON’ FB LIVE RUMAH SELESA MAMPU MILIK ‘DOSA’ LAMA TAKUT KE SABAH DAN SARAWAK

- Abdul Razak Raaff dan T N Alagesh am@hmetro.com.my

DAP adalah ‘kilang’ fitnah yang mengeluark­an propaganda berita palsu untuk merosak dan memburukka­n kepemimpin­an kerajaan Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, tindakan sedemikian menjadi panduan kepada pemimpin dan ahli parti itu untuk menghasilk­an cerita dan berita buruk berkaitan BN.

Beliau berkata, perkara itu didedahkan sendiri Penolong Penerbit UbahTV milik DAP, Amran Ahmad yang juga ahli seumur hidup parti berkenaan.

“Dia sendiri tidak sanggup lagi untuk menabur fitnah walaupun ia adalah arahan daripada Unit Publisiti DAP. Mereka memang merancang untuk merosakkan kepemimpin­an kerajaan BN.

“DAP juga kata kalau undi calon PKR pada 9 Mei ini bererti mengundi maka parti berkenaan. Ini bermaksud rakyat akan beri kuasa kepada DAP untuk menguasai Putrajaya jika memilih calon PKR pada Rabu ini.

“DAP juga tidak pernah sayang FELDA dan kita tidak boleh bergantung harap untuk memperjuan­gkan agenda Bumiputera lain seperti Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan kebajikan peneroka FELDA,” katanya, semalam.

Najib yang juga penyandang Parlimen Pekan berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama warga FELDA Gugusan Chini di Dataran Pusat Tenun FELDA Chini.

Lebih 5,000 warga FELDA hadir program itu. Turut hadir, calon Barisan Nasional (BN) DUN Chini, Datuk Seri Abu Bakar Harun.

Najib turut menyampaik­an cek insentif muafakat FELDA berjumlah RM580,000 kepada 116 peneroka di gugusan FELDA Chini dan pembinaan 3,701 unit rumah menerusi Perumahan 1FELDA di 16 tapak sekitar Pahang antaranya di Felda Bukit Goh, Chini Timur, Mempaga, Lurah Bilut, Jengka 19 dan Panching.

Media semalam melaporkan, DAP semakin terdesak dalam kempen pilihan raya sehingga didakwa sanggup mereka puluhan risalah dan rakaman video memfitnah kerajaan dan pemimpin BN termasuk Perdana Menteri.

 ??  ??
 ??  ?? NAJIB disambut warga FELDA pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Felda Gugusan Chini di Dataran Pusat Tenun FELDA Chini, semalam.
NAJIB disambut warga FELDA pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Felda Gugusan Chini di Dataran Pusat Tenun FELDA Chini, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia