Harian Metro

Tolak berita palsu

-

Kuala Lumpur: Orang ramai yang mengundi bagi menunaikan tanggungja­wab terhadap negara esok diminta membuat pilihan tepat dan bijak.

Menerusi video berdurasi lebih tiga minit yang dimuat naik di portal Free Malaysia Today pada saluran YouTube, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes meminta masyarakat umum untuk menilai berdasarka­n fakta dan menolak segala berita palsu.

Beliau yang berkongsi kisah mengenai kejayaan syarikatny­a membina nama, juga mengakui, kerajaan sedia ada banyak memberikan peluang untuk AirAsia melebarkan sayap sehingga kini jenama itu dikenali di peringkat antarabang­sa.

“Saya mahu kongsi sesuatu dari hati, sepanjang tujuh hari ini (hari kempen) adalah tempoh yang sangat penting untuk negara dan bagi kita memilih kerajaan serta pemimpin mana yang kita mahu bawa ke hadapan.

“Seperti yang anda semua maklum, kisah saya membawa nama AirAsia berdepan pelbagai liku dan saya rasa ia sangat penting untuk dikongsika­n.

“Saya bermula dengan hanya dua pesawat kecil, sungguhpun seluruh dunia menentang sepanjang 10 tahun ini, tetapi kami menyaksika­n bagaimana kerajaan membantu menyedia peluang untuk AirAsia membina nama sehingga ia kini antara jenama terbesar di dunia,” katanya.

Fernandes juga berkata, ia bukan perkara mudah untuk membawa jenama tempatan ke peringkat antarabang­sa, tetapi ia direalisas­ikan dengan bantuan kerajaan di bawah kepemimpin­an Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang beliau sifatkan sentiasa meletakkan negara sebagai keutamaan.

 ??  ?? MUSA (tengah) pada sidang media Program Penyerahan Alat Bantuan Pendengara­n di Ayer Keroh, semalam.
MUSA (tengah) pada sidang media Program Penyerahan Alat Bantuan Pendengara­n di Ayer Keroh, semalam.
 ??  ?? TONY Fernandes
TONY Fernandes

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia