Harian Metro

Bertahun gagal urus kebersihan

- Sharifah Mahsinah Abdullah sharifah@nstp.com.my

Kerajaan PAS Kelantan gagal menjaga kebersihan dan menyelesai­kan masalah air yang dihadapi rakyat negeri ini sejak bertahun lalu.

Anak bekas Musyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat, Nik Omar berkata, kegagalan kerajaan negeri menyelesai­kan pelbagai masalah termasuk dua perkara terbabit menyebabka­n rakyat perlu memilih pakatan pembangkan­g dalam Pilihanray­a Umum Ke-14 (PRU14).

“Kami tak nafikan Kerajaan PAS Kelantan ada motto Membangun Bersama Islam tetapi mereka gagal dalam pengurusan dan banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.

“Saya bagi contoh. Mereka gagal menjaga kebersihan dan tahap kebersihan di negeri ini sangat rendah berbanding negeri lain.

“Satu lagi masalah ialah isu air yang tak di selesaikan sejak bertahun-tahun lalu tetapi Insya-Allah jika pakatan pembangkan­g mengambil alih Kelantan, semua masalah ini selesai,” kata anak kepada bekas Menteri Besar itu.

Nik Omar berkata, rakyat Kelantan perlu memilih pakatan pembangkan­g kerana parti itu berpegang kepada Islam.

“Bagaimanap­un, pendekatan kami dengan PAS berbeza. Kami berpegang pada al-Quran sebagai pedoman kami tetapi tumpuan membangun negeri ini dan jika diizinkan, negara juga,” katanya.

Nik Omar berkata, pakatan pembangkan­g berjanji meneruskan mana-mana dasar dan program bagus yang diamalkan PAS dan bagi kesan pada rakyat.

Dalam perkembang­an lain, Nik Omar gembira dengan tindakan PAS yang meletakkan adiknya, Nik Abduh bertanding di Parlimen Bachok dalam PRU14.

“Antara sebab membuat saya ingin bertanding ialah apabila saya dimaklumka­n nama Nik Abduh tidak ada di Parlimen Pengkalan Chepa dan saya percaya kerusi itu (Bachok) tidak sesuai dengannya.

“Saya berasa kerusi Parlimen Bachok tu tidak selamat untuknya.

“Jika PAS tidak mahu dia bertanding di Bachok, mereka boleh hantar Nik Abduh ke Pasir Mas atau Rantau Panjang. Bagi saya, dalam situasi politik sekarang ini, kerusi Bachok bukan zon selamat,” katanya.

Ditanya masa depan beliau dalam politik jika dia kalah dalam PRU nanti, Nik Omar berkata, dia tetap terbabit dalam politik kerana itu keputusann­ya.

 ??  ??
 ?? Nik Omar Nik Aziz ?? Kami berpegang pada al-Quran sebagai pedoman kami”
Nik Omar Nik Aziz Kami berpegang pada al-Quran sebagai pedoman kami”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia