Harian Metro

Si ibu pula terlebih-lebih

-

Sudah lama tidak ke majlis pertunjuka­n fesyen. Baru-baru ini SS baru ada kesempatan untuk hadir dengan ditemani seorang rakan.

Memang meriah majlisnya, maklumlah fesyen untuk Aidilfitri tetapi ‘mood’ SS hilang sebaik mendengar kisah ibu kepada seorang penyanyi ini.

Kata teman SS yang menceritak­an kisah ini, ibu si penyanyi itu lebih sudu daripada kuah. Dia yang lebih beranganan­gan daripada anaknya.

Menurut teman SS itu, sikap ibu artis berkenaan sangat menjengkel­kan. Ini kerana sebaik habis sesi temu bual dengan anaknya dia terus bertanya bila berita itu akan disiarkan?

Melihatkan sikap ibu itu, teman SS tidak terkejut tetapi yang tak sedapnya dia memberi arahan supaya cerita anaknya disiarkan segera.

SS tanya juga pada temanitu,panas sangatkah cerita anaknya yang masih hijau dalam industri hiburan itu?

Kata teman SS, anaknya sekadar berkongsi mengenai peluang diperoleh untuk produk terbarunya dalam usaha membina nama dan kembangkan bakat sebagai anak seni.

SS terus geleng kepala, bukan apa, belum lagi anak berjaya membina karier dan nama, harapan ibunya untuk anak popular sudah setinggi gunung.

Bukan mudah untuk popular ya kakak, semuanya rezeki. Pesan SS, biarlah si anak buktikan bakatnya dahulu dan jangan terlalu campur tangan.

Dibimbangi nanti disebabkan sikap ibu yang keterlalua­n ‘divanya’ maka bakat anak tidak ke mana. Jadi, fikirfikir­kanlah!

SS: Sikap lebih sudu daripada kuah memang sinonim dengan karier seni.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia