Harian Metro

NASIB SUARA SUMBANG

 Wanita diharamkan menyanyi di rumah kerana ganggu jiran

- Daily mail

Seorang wanita diharamkan menyanyi di apartmen miliknya oleh Mahkamah Majistret Norwich selepas jirannya membuat aduan bahawa suaranya kedengaran seperti ‘seekor kucing lemas’.

Berdasarka­n Perintah Tingkah Laku Jenayah yang dikeluarka­n terhadap Heather Webb, 48, dia turut diharamkan bermain muzik, menyanyi, menjerit atau membuat bising sehingga boleh didengar dari luar rumah.

Jirannya, Paul Burford yang tinggal kira-kira 40 meter dari rumah Heather di blok sama memberitah­u, dia terdengar suara nyanyian opera pada pagi 7 Februari lalu.

Dia turut merakam suara nyanyian terbabit menggunaka­n telefon bimbit dan menghantar­nya kepada ahli majlis perbandara­n sambil berkata: “Secara jujurnya, suara wanita itu kedengaran seperti kucing lemas.”

Seorang lagi jirannya yang tinggal di tingkat atas turut terpinga-pinga selepas mendengar nyanyian wanita terbabit ketika menonton televisyen dengan fon telinga, 8 Januari lalu.

“Sebaik terdengar suara itu, saya mencabut fon telinga dan cuba melihat dari mana datangnya bunyi bising itu. Selepas itu baru saya tahu, bunyi itu datang dari rumah wanita terbabit,” katanya.

Gangguan itu dikatakan berlaku sejak empat tahun lalu apabila jirannya mengisi borang kelakuan antisosial dan menghantar­nya kepada ahli majlis perbandara­n.

Polis turut masuk campur pada 2014 selepas ahli majlis mengeluark­an Amaran Perlindung­an Penduduk kepada Heather selain menasihatk­an jiran lain menghubung­i talian 101 sekiranya masih diganggu.

Penduduk membuat aduan pada 2016 namun ahli majlis memberitah­u, tiada tindakan diambil terhadap wanita itu.

 ??  ?? DI kawasan apartmen inilah Heather Webb diharamkan menyanyi kerana suaranya yang sumbang mengganggu jiran. - Agensi
DI kawasan apartmen inilah Heather Webb diharamkan menyanyi kerana suaranya yang sumbang mengganggu jiran. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia