Harian Metro

Mental ‘koyak’ punca skuad futsal wanita kecundang awal

-

Kuala Lumpur: Kekuatan mental menjadi pemisah buat skuad futsal wanita negara selepas perjuangan mereka pada Kejuaraan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) 2018 di Bangkok, berakhir sekadar di peringkat kumpulan.

Situasi itu diakui pengendali­nya, Addie Azwan Zainal yang menyifatka­n kekuatan mental sebagai kelemahan terbesar anak buahnya meskipun melihat tiada jurang yang begitu besar dengan pencabar lain.

“Sekiranya berdasarka­n prestasi dalam setiap perlawanan, sebenarnya kualiti pemain kita tidak begitu jauh berbanding negara lain. Aspek kecergasan, taktikal, kemahiran dan kepantasan juga berada pada tahap yang hampir sama.

“Cuma, kita sedikit kekurangan daripada aspek kekuatan mental dan saya lihat ini kelemahan paling ketara dalam pasukan. Jadi, saya akan memberi lebih tumpuan terhadap aspek ini untuk mengharung­i kejohanan akan datang,” katanya ketika dihubungi semalam.

Skuad negara membuka kempen Kumpulan B dengan penuh bergaya apabila mudah membelasah Bangladesh 7-1 pada aksi pertama namun tumbang 4-2 di tangan Taiwan pada aksi kedua.

Hasrat mereka untuk mara ke suku akhir punah apabila tumbang 1-3 di tangan Vietnam pada perlawanan terakhir, sekali gus sekadar mengutip tiga mata dan gagal mengulangi pencapaian tempat keempat yang diraih pada edisi 2015 yang berlangsun­g di laman sendiri.

Mengulas lanjut prestasi anak buahnya, Addie berpuas hati dengan persembaha­n yang ditunjukka­n barisan pemainnya meskipun gagal menepati sasaran mara ke separuh akhir.

“Sasaran kita ke separuh akhir namun harus diingat, saya pun baru saja diberi tanggungja­wab mengendali­kan pasukan ini. Ada beberapa perkara baru yang saya cuba terapkan dan pemain dapat menunjukka­n corak permainan yang saya ingini.

“Kita akan mengharung­i satu lagi saingan iaitu Kejuaraan Persekutua­n Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) 2018 yang dijangka berlangsun­g November ini, jadi saya akan meneruskan latihan bermula Julai ini sambil memperbaik­i mana-mana kelemahan selepas aksi di Bangkok,” katanya.

 ?? Addie Azwan Zainal ?? Sebenarnya kualiti pemain kita tidak begitu jauh berbanding negara lain. Aspek kecergasan, taktikal, kemahiran dan kepantasan juga berada pada tahap yang hampir sama.”
Addie Azwan Zainal Sebenarnya kualiti pemain kita tidak begitu jauh berbanding negara lain. Aspek kecergasan, taktikal, kemahiran dan kepantasan juga berada pada tahap yang hampir sama.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia