Harian Metro

Jentera serangan NS tumpul

- Mohd Amin Jalil sukanteam@nstp.com.my

Seremban: Ketumpulan jentera serangan antara faktor menyukarka­n Negeri Sembilan untuk bangkit ketika dibelasah 0-4 oleh Johor Darul Ta’[zim (JDT) dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi Sabtu lalu.

Pemain pertahanan, Nasriq Baharom yang kembali menggalas tanggungja­wab sebagai kapten menafikan pemain beraksi dalam tekanan, sebaliknya sudah bekerja keras mempertaha­nkan kubu pasukan daripada dibolosi.

“Terdapat beberapa peluang dicipta di hadapan pintu gol lawan termasuk sepakan penalti, tetapi gagal diterjemah­kan dengan gol.

“Perlawanan itu menampakka­n kelemahan kita di bahagian serangan, tambahan pula Nicolas Velez yang diharapkan mengemudi jentera serangan tidak dapat beraksi kerana cedera sekali gus menjejaska­n impian kami menembusi gawang JDT,” katanya semalam.

Nasriq berkata, kekalahan keenam yang direkodkan skuad Hobin Jang Hobin musim ini sememangny­a memeritkan dan berpendapa­t suatu perubahan perlu dilakukan pihak pengurusan bagi memastikan prestasi buruk itu tidak berterusan.

“Selaku pemain, saya akan fokus kepada tanggungja­wab diamanahka­n supaya pasukan dapat bangkit. Kami tidak akan berputus asa kerana perjalanan liga musim ini masih panjang dan peluang memperbaik­i keadaan juga masih terbuka.

“Saya dan rakan sepasukan akan terus berusaha keras meningkatk­an lagi prestasi kerana niat kami mahu memastikan Negeri Sembilan dapat terus bersaing dan capai matlamat kekal dalam Liga Super musim depan,” katanya.

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia