Harian Metro

Penuh kejutan

 Dr Mahathir tewaskan penyandang kerusi Parlimen Langkawi

- Nazura Ngah, Fairul Asmaini Mohd Pilus, Nur Lela Zulkipli dan Seri Nor Nadiah Koris cnews@nstp.com.my

Tun Dr Mahathir Mohamad kembali ke Parlimen selepas menewaskan penyandang kerusi Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad dalam saingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ia berdasarka­n keputusan tidak rasmi sehingga jam 11 malam tadi.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu kembali bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) selepas kali terakhir bertanding pada PRU 1999 di Parlimen Kubang Pasu.

Anak beliau, Datuk Seri Mukhriz yang juga Timbalan Presiden PPBM turut kembali menguasai kerusi Parlimen Jerlun, selain menawan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra.

Selain mengekalka­n Parlimen Pagoh yang disandang sejak lima penggal lalu, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menguasai DUN Gambir.

Muka baru, Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat kejutan menewaskan penyandang kerusi Parlimen Muar yang juga Timbalan Menteri di Jabatan

Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.

Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan

Ismail yang berpindah kerusi Parlimen dari Permatang Pauh ke Pandan turut menewaskan pencabar dalam saingan lima penjuru.

Sebelum ini, Dr Wan Azizah menyandang kerusi

Permatang

Pauh selama empat penggal sejak

PRU 1999.

Anaknya

Nurul Izzah pula memenangi kerusi Permatang Pauh dalam saingan tiga penjuru.

Timbalanny­a, Datuk

Seri Mohamed Azmin Ali pula berjaya mengekalka­n kerusi Parlimen Gombak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabang­sa yang masing-masing dimenangi sejak PRU12.

DAP menerusi Ketua Parlimenny­a, Lim Kit Siang turut mengekalka­n penguasaan di kerusi Iskandar Puteri yang sebelum ini dikenali sebagai Gelang Patah untuk penggal kedua.

Anak beliau, Lim

Guan Eng juga mempertaha­nkan kerusi Parlimen Bagan dan DUN Air Putih.

Pemimpin utama Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu juga membuat kejutan memenangi kerusi Parlimen Kota

Raja dalam

cubaan pertamanya selepas tidak bertanding pada PRU13.

Timbalanny­a, Salahuddin Ayub kembali menguasai Parlimen Pulai selepas tewas pada PRU13. Beliau turut memenangi kerusi DUN Simpang Jeram.

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalka­n kemenangan di kerusi Parlimen Marang untuk penggal ketujuh, manakala anaknya, Muhammad Khalil yang juga Ketua Dewan

Pemuda PAS memenangi kerusi DUN Batu Burok untuk penggal pertama.

Timbalan Abdul Hadi, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang berpindah kerusi dari DUN Jengka ke Parlimen Kubang Kerian turut memenangi kerusi itu.

Parti Warisan Sabah (Warisan) pula menerusi Presidenny­a, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengekalka­n kerusi Parlimen Semporna untuk penggal keenam selain menawan DUN Senallang.

 ??  ?? PENYOKONG Harapan bersorak ketika menyaksika­n keputusan PRU14 di Dataran Timur Petaling Jaya, malam tadi. DR Mahathir ketika sidang media di Hotel Sheraton PJ.
REAKSI penyokong PKR
di Pusat Penjumlaha­n
Rasmi Undi Parlimen Pagoh
di Kompleks Sukan...
PENYOKONG Harapan bersorak ketika menyaksika­n keputusan PRU14 di Dataran Timur Petaling Jaya, malam tadi. DR Mahathir ketika sidang media di Hotel Sheraton PJ. REAKSI penyokong PKR di Pusat Penjumlaha­n Rasmi Undi Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia