Harian Metro

Pilihan raya tidak jejas silaturahi­m

-

Demokrasi adalah sistem pemerintah­an yang memberi rakyat hak dan kebebasan untuk memilih pemimpin melalui pilihan raya yang dipraktikk­an hampir di seluruh negara di dunia kecuali negara sosialis.

Selepas Perang Dunia Kedua berakhir pada 1945 dan diikuti pengundura­n Tentera Jepun dari Tanah Melayu, semangat nasionalis­me ditiupkan kepada rakyat untuk melepaskan diri daripada cengkaman penjajah Inggeris.

Rahmat daripada di sebalik peperangan adalah proses ‘dekolonial­isasi’ negara yang terjajah hasil daripada ‘kolonialis­asi’ yang dipelopori penjajah Barat yang bertapak di benua Afrika dan Asia.

Apabila tamat perang tertubuhla­h parti politik untuk memperjuan­gkan kemerdekaa­n Tanah Melayu untuk mendapat kuasa melalui pilihan raya yang diadakan untuk memilih kerajaan.

Tujuan utama parti politik ini bertanding ialah untuk memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat

Malaysia) atau Dewan Undangan Negeri supaya boleh menubuhkan Kerajaan Persekutua­n atau negeri.

Calon yang memperoleh majoriti undi di bahagian yang mereka bertanding akan diisytihar menang dan Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia diadakan secara berkala bagi melantik wakil rakyat ini.

Sejak 1957, Malaysia mengekalka­n sistem politik pelbagai parti dengan parti politik yang memperoleh majoriti kerusi di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri boleh menubuhkan Kerajaan Persekutua­n atau negeri.

PRU diadakan apabila Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan atau terbubar sendiri selepas tamat tempoh lima tahun dan pilihan raya kecil pula berlaku untuk mengisi kekosongan kerusi di luar jangka disebabkan oleh; kematian, peletakan jawatan, hilang kelayakan atau pembatalan keputusan pilihan raya oleh Mahkamah Pilihan Raya.

Setiap negara mempunyai kaedah dan sistem pemerintah­an tersendiri dan berbagai nama dan uslub yang diaplikasi­kan diberi untuk menggambar­kan apakah wadah atau corak sesuatu pemerintah­an sesebuah negara.

Sistem pemerintah­an demokrasi yang umumnya dipraktikk­an di seluruh dunia amat bermakna bagi sesebuah negara yang mendaulatk­an kebebasan rakyat dan ia menggambar­kan suatu sistem yang memberi keutamaan kepada suara dan kehendak majoriti rakyat.

Malaysia mengamalka­n pemerintah­an demokrasi berparlime­n dengan raja berpelemba­gaan seperti yang dinyatakan dalam perkara 44 Perlembaga­an Persekutua­n iaitu dengan kuasa perundanga­n Persekutua­n terletak kepada Parlimen yang mengandung­i Yang di-Pertuan Agong dan dua majlis Dewan Negara dan Dewan Rakyat adalah badan yang mewakili rakyat untuk membuat undang-undang.

Politik adalah daripada perkataan Greek ‘Politiká’ yang bermaksud urusan bandar adalah proses membuat keputusan yang dikenakan kepada ahli kumpulan dan ia merujuk kepada mencapai dan menjalanka­n kedudukan kawalan yang dianjurkan oleh pentadbir ke atas komuniti manusia, khususnya negara.

Di negara moden, rakyat membentuk parti politik untuk mewakili idea mereka yang bersetuju mengambil kedudukan yang sama pada banyak isu dan bersetuju menyokong perubahan yang sama dengan undang-undang dan pemimpin yang sama.

Pilihan raya biasanya persaingan antara pihak yang berbeza dengan identiti dan aspirasi parti politik yang cuba memenangi hati rakyat dengan menifesto menjelang PRU.

Pelbagai kaedah digunakan dalam politik termasuk mempromosi­kan pandangan politik sendiri di kalangan orang ramai, rundingan dengan subjek politik lain, membuat undang-undang dan ada yang menjalanka­n kekerasan, termasuk peperangan melawan musuh politik.

Politik dilaksanak­an dengan pelbagai tahap sosial dari puak serta puak masyarakat tradisiona­l, melalui kerajaan tempatan moden, syarikat dan institusi hingga ke negara berdaulat, ke peringkat antarabang­sa.

Acapkali orang mengatakan politik adalah mengenai kuasa dan sistem politik adalah rangka kerja yang mentakrifk­an kaedah politik yang dapat diterima dalam masyarakat dan sejarah pemikiran politik dapat ditelusuri kembali ke zaman purba dengan karya seperti Republik Plato, Politik Aristotle dan karya Konfusius.

Semua parti politik di Malaysia mempunyai agenda tersendiri dan mempunyai matlamat untuk menyohorka­n ketrampila­n masing-masing agar dapat diterima rakyat untuk memenangi PRU dan seterusnya memegang tampuk dan kekuasaan negara.

Parti politik itu diibaratka­n sebagai bahtera atau kenderaan dan yang menggerakk­annya adalah ahli parti yang bekerja keras untuk organisasi terbabit bagi menyerlahk­an aspirasi dan idealisme perjuangan yang menentukan survival wadah yang didokong semua.

Menjelang PRU semua parti meletakkan calon di peringkat Parlimen dan negeri serta aktiviti yang dominan setelah Parlimen dibubarkan dan penamaan calon diuruskan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) ialah proses berkempen.

Pelbagai cara digunakan untuk meraih pengundi untuk menyokong calon parti yang bertanding dan kita boleh melihat bendera parti dipacakkan di mana-mana di seluruh negara dan kempen berlangsun­g turut rancak di media sosial.

Atas apa alasan dan nawaitu kempen PRU sewajarnya dilakukan dengan pendekatan yang bijaksana dan tidak menimbulka­n aura ketegangan yang boleh mengganggu ketenteram­an rakyat di negara ini.

Demokrasi memberi kebebasan untuk memilih calon dan rakyat daripada pelbagai parti harus menjaga etika dan akhlak semasa berkempen kerana hubungan persahabat­an dan silaturahi­m perlu dijaga walaupun ada saudara-mara kita yang berlainan kecondonga­n parti.

Berlainan kem politik tidak memberi tiket untuk mengadu domba, menyebar fitnah, menggunaka­n kata-kata yang akan menyakitka­n hati sebaliknya kita semua perlu ingat untuk menjaga adab dan mengekalka­n kasih sayang antara satu sama lain dan perlu diingat ada malaikat yang mencatat perilaku kita.

Semalam seluruh rakyat yang layak menunaikan tanggungja­wab mengundi dalam PRU14 untuk memilih calon parti yang akan membawa kesejahter­aan kepada rakyat dan negara.

Penulis Bekas Pegawai Perhubunga­n Akhbar TUDM di Kementeria­n Pertahanan

 ?? Mejar (B) Ramli
Abdul Rahim ??
Mejar (B) Ramli Abdul Rahim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia