Harian Metro

Kisah Rita laris semacam

-

 Biografi Kerana Aku Seorang Perempuan terpaksa dicetak 3,000 naskhah lagi

Tengku Khalidah Tengku Bidin itu juga sudah mula dibuka kepada orang ramai.

Cetakan pertama buku berkenaan sebanyak 3,000 naskhah sudah habis dijual dalam tempoh empat hari selepas ia dilancarka­n pada 1 Mei lalu.

“Saya berharap peminat yang kecewa kerana tidak dapat beli buku cetakan pertama tidak melepaskan peluang keemasan untuk mendapatka­n buku cetakan kedua ini sebelum kehabisan. Mereka yang membuat bayaran lebih awal akan didahuluka­n.

“Pihak kami juga akan melancarka­n buku biografi ini di Singapura, sekali gus untuk sesi bertemu peminat di sana bulan depan,” katanya.

Ditanya kelainan pada buku cetakan kedua itu, Rita berkata, ada sedikit penambahan fakta dan juga gambar yang lebih menarik.

“Dari segi jalan ceritanya pula masih sama kecuali penambahan sedikit fakta yang tidak dapat dimasukkan sebelum ini kerana buku cetakan pertama berkenaan khusus untuk penerbitan sempena Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur sebelum ini.

“Jadi, kali ini kita masukkan gambar eksklusif itu supaya tidak ada mana-mana bahagian tertinggal untuk cetakan kedua ini,” katanya.

Selain kisah bersama dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, buku itu antara lain berkongsi secara eksklusif foto perkahwina­n dengan pemain bola sepak Johor Darul Takzim, Aidil Zafuan yang berlangsun­g dalam gudang beras di Selatan Thailand.

 ??  ?? RITA ketika melancarka­n buku biografiny­a Kerana Aku Seorang Perempuan sempena Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur 2018 pada 1 Mei lalu.
RITA ketika melancarka­n buku biografiny­a Kerana Aku Seorang Perempuan sempena Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur 2018 pada 1 Mei lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia