Harian Metro

Kejutan nama besar

- Mohd Izham Unnip Abdullah thaddius@nstp.com.my

 Menteri persekutua­n, timbalan ketua menteri gagal pertahan kerusi

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Sabah kelmarin, menyaksika­n banyak kejutan apabila beberapa nama besar daripada Barisan Nasional (BN) termasuk menteri dan timbalan menteri tumbang di kerusi masing-masing.

Antaranya ialah dua menteri persekutua­n iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan (Parlimen Sepanggar) serta Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak (Parlimen Kota Belud) kalah di tangan calon muda Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Lebih mengejutka­n, tiga timbalan ketua menteri gagal mempertaha­nkan kerusi masing-masing iaitu Tan Sri Joseph Pairin Kitingan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan, Datuk Raymond Tan Shu Kiah (Tanjung Papat) dan Datuk Yahya Hussin (Petagas).

Pairin yang juga Presiden PBS tewas di tangan adiknya, Datuk Dr Jeffrey Kitingan sekali gus menamatkan rekod cemerlang politik beliau sebagai penyandang paling lama DUN Tambunan yang dimenangi sejak 1976.

Secara keseluruha­n daripada 60 kerusi DUN, sebanyak 20 dikuasai WARISAN manakala sembilan di tangan rakan pakatannya iaitu masing-masing enam DAP dan tiga Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadikan 29 kerusi diraih mereka.

Di pihak BN, UMNO hanya menang 17 kerusi DUN manakala Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandus­un Murut Bersatu (UPKO) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) masing-masing menguasai enam, lima dan satu kerusi.

Ia sekali gus menyaksika­n BN hanya menguasai 29 kerusi DUN berbanding 47 kerusi pada pilihan raya lalu, menjadikan kedudukann­ya seri dengan pakatan WARISAN manakala Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang diketuai Datuk Dr Jeffrey Kitingan menguasai dua kerusi.

Setakat semalam, STAR menyatakan pendirian untuk bekerjasam­a dengan BN sekali gus membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah 31 kerusi daripada 60 DUN.

Bagi Parlimen daripada 25 kerusi di Sabah, WARISAN menang lapan, DAP dan PKR masing-masing tiga, manakala satu kerusi dimenangi STAR dan BN cuma menang 10 kerusi iaitu tujuh UMNO dan masing-masing satu PBS, UPKO dan PBRS.

Presiden UPKO Datuk Seri Madius Tangau semalam mengumumka­n parti itu keluar BN sekali gus kerusi Parlimen Tuaran yang dimenangin­ya kini bukan lagi milik BN, namun lima ADUN parti itu menyatakan pendirian kekal dalam BN.

Secara kesimpulan­nya, situasi PRU14 di Sabah memperliha­tkan pengundi sebahagian­nya masih mengharapk­an ‘politik pembanguna­n’ dibawa BN, manakala sebahagian lagi terpengaru­h dengan kempen ‘ubah’ dibawa WARISAN.

Jumlah kerusi Parlimen yang lebih banyak ditawan WARISAN bersama PKR dan DAP turut memberi isyarat rakyat Sabah menyertai pengundi di negeri lain untuk menolak kepemimpin­an BN di peringkat Pusat, sekali gus menambah kekuatan Pakatan Harapan (PH) di Parlimen.

Walaupun gagal menumbangk­an BN, pola pengundian di Sabah yang cenderung kepada WARISAN dan PH hampir mengulangi sejarah penolakan rakyat terhadap kerajaan Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) yang menyebabka­n ia ditumbangk­an PBS pada 1985.

PRU14 menyaksika­n tiga menteri persekutua­n iaitu Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (Kota Marudu), Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman (Kimanis) dan Madius yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi mempertaha­nkan kerusi masing-masing.

Seorang lagi ialah Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun menang di Beaufort.

Sementara itu, tiga timbalan menteri iaitu Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching (Tawau), Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Papar) dan Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Datu Nasrun Datu Mansur (Silam), kalah.

 ??  ?? SALLEH
SALLEH
 ??  ?? MADIUS
MADIUS
 ??  ?? ABDUL Rahman
ABDUL Rahman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia