Harian Metro

KANDUNGAN GULA LEBIH RENDAH

-

Menyedari kehendak pengguna yang inginkan minuman lebih sihat,

F&N Beverages Marketing

Sdn Bhd mengambil inisiatif memperkena­lkan Logo Pilihan Lebih Sihat daripada Kementeria­n Kesihatan Malaysia untuk semua produk 100PLUS merangkumi 100PLUS Original, Active, 100PLUS Beri, Oren dan Lemon Limau.

Menurut Naib Presiden, Pemasaran Jenama F&N Graham Lim, bermula saat ini 100PLUS akan terus menjadi pelopor dalam menyediaka­n minuman lebih sihat dengan kandungan gula lebih rendah bukan sahaja kepada atlet, tetapi mereka yang mengamalka­n gaya hidup aktif.

“Penggubaha­n formula adalah satu proses kompleks kerana kami ingin memastikan keseimbang­an dari segi rasa dan kebaikan penghidrat­an optimum tanpa berkomprom­i terhadap kualitinya. Kami berjaya menghasilk­an formula baharu untuk semua varian 100PLUS dengan kandungan gula enam gram atau kurang daripada itu untuk setiap 100 mililiter,” katanya.

Logo Pilihan Lebih

Sihat adalah inisiatif bagi memberikan maklumat jualan kepada pengguna. Objektifny­a adalah untuk menyediaka­n persekitar­an yang menyokong pemakanan sihat dan membantu mempromosi­kan gaya hidup aktif kepada semua lapisan masyarakat.

Pengurus Kanan Pemasaran 100PLUS Leong Wai Yin menambah, bersempena inisiatif ini, 100PLUS teruja mengumumka­n perisa baharu kegemaran rakyat Malaysia iaitu 100PLUS Anggur Hitam, minuman ungu gelap berkarbona­t yang menyegarka­n serta memberikan penghidrat­an optimum.

Duta 100PLUS, Mira Filzah yang hadir dalam majlis pelancaran memilih 100PLUS sebagai minuman kegemarann­ya. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Naib Presiden Kanan, Bahagian Operasi Komersial Domestik F&N Lai Ming Kong, serta Pengarah Mydin Mohamed Holdings Berhad Datin Wira Dr Siti Hawa Mohd.

 ??  ?? MIRA Filzah sebagai duta 100plus.
MIRA Filzah sebagai duta 100plus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia