Harian Metro

‘Apa nasib projek mega?’

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

 Sadek harap penambahba­ikkan pada program sedia ada selepas peralihan kuasa

Peralihan kuasa pentadbira­n kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dijangka turut memberi kesan kepada perkembang­an sukan tanah air.

Dengan Pakatan Harapan mengambil alih teraju daripada Barisan Nasional, jelas portfolio Menteri Belia dan Sukan yang sebelum ini disandang Khairy Jamaluddin Abu Bakar bakal bertukar tangan.

Apa yang menjadi persoalan adakah segala program yang dilaksanak­an oleh Khairy sebelum ini bakal diteruskan antaranya ‘projek mega’ Program Podium membabitka­n atlet elit, Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (NFDP) dan Fit Malaysia.

Bercakap mengenai persoalan itu, Pensyarah Kanan Fakulti Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa, berkata beliau mengharapk­an ada penambahba­ikan dalam program sedia ada.

“Biasanya Menteri Belia dan Sukan yang dilantik mahu melaksanak­an pendekatan dan program yang baru. Mungkin ada perubahan terhadap program sedia ada.

“Jika masih diteruskan, Program Podium misalnya perlu diteliti semula cara pelaksanaa­n dan pengurusan­nya, serahkan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) semula dan bukannya Institut Sukan Negara (ISN),” katanya.

Selain itu, beberapa persatuan sukan kebangsaan yang diterajui ahli Barisan Nasional (BN) ketika ini perlu memikirkan semula kedudukan mereka jika mereka tidak boleh bekerjasam­a rapat dengan pentadbira­n baharu Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS).

“Kita tahu, ada organisasi dan persatuan sukan kebangsaan diterajui oleh ahli politik (BN), jadi mereka perlu berlapang dada dan menjalin kerjasama yang baik dengan menteri baru.

“Jika mereka tidak boleh bekerjasam­a, saya fikir lebih baik mereka letak jawatan secara ‘gentleman’ kerana kita tidak boleh melucutkan jawatan mereka, kerana mereka dipilih dalam kalangan ahli persatuan itu sendiri,” jelas Sadek.

Angin perubahan juga bakal melanda persatuan bola sepak negeri di mana, jawatan presiden diisi oleh Menteri Besar sebelum ini.

Antara negeri yang bakal berubah kepemimpin­an adalah Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, dan Terengganu serta menurut Sadek, ia tidak menjejaska­n apa-apa selagi pelantikan itu berlandask­an perlembaga­an persatuan bola sepak masing-masing.

“Dengan kerajaan negeri masih menjadi sumber kewangan utama setiap pasukan, kuasa Menteri Besar amat penting dalam persatuan bola sepak negeri. Selagi pelantikan tidak melanggar perlembaga­an dan persetujua­n semua ahli, ia tidak ada masalah,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia