Harian Metro

PRAKTIKAL, eksklusif

- Mohd Razlan Salleh mrazlan@nstp.com.my

Pengedar tempatan rasmi kenderaan jenama Peugeot, Nasim Sdn Bhd menambah satu lagi barisan model keluaranny­a apabila melancarka­n Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Peugeot 5008 serba baru, yang lebih praktikal dan eksklusif.

Model tujuh tempat duduk segmen C ini menawarkan ruang dalaman luas, sekali gus memenuhi kehendak pelanggan yang inginkan SUV selesa.

Ketua Pegawai Eksekutif Nasim Sdn Bhd, Yasser Awan berkata, pelancaran model berkenaan menjadi penanda aras bagi model SUV pada masa akan datang.

“Peugeot 5008 serba baru ketara bezanya berbanding pesaing lain dengan pelbagai ciri terbaru dan pemanduan terbaik.

“Sebagai SUV, model ini juga dianggap benar-benar praktikal dengan pelbagai teknologi terkini selain memiliki kapasiti tujuh tempat duduk,” katanya ketika pelancaran.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Kumpulan Automotif)

Naza Corporatio­n Holdings Sdn Bhd, Datuk Samson Anand George dan Pengarah Urusan PSA Groupe (Operasi ASEAN), Lionel Faugures.

Bersaiz 4,641 milimeter (mm) panjang dan

1,844mm lebar, Peugeot 5008 Serba Baru tampil dengan enjin 1.6L THP Turbo dengan kuasa 167 PS pada 6,000rpm manakala daya kilas maksimum 240 Nm pada 1,400rpm bersama transmisi automatik enam kelajuan Quickshift Tech.

Kelajuan maksimum dicatatkan adalah

206 kilometer sejam manakala tahap penggunaan bahan api sekitar 7.3 liter bagi setiap 100 kilometer.

Antara ciri terkini termasukla­h penggunaan LED pada lampu hadapan, belakang dan lampu kabus serta rim bersaiz 18 inci.

Ruang dalaman pula didatangka­n bersama paparan pelbagai fungsi skrin sentuh bersaiz lapan inci, pembesar suara memperluas­kan pengeluara­n dengan memasang pelbagai model motosikal termasuk berkuasa tinggi selepas berpindah ke Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh. Arkamys 3D, balutan kulit hitam Claudio dan lampu kabin LED.

Berharga RM173,888 tanpa insurans, empat warna ditawarkan iaitu Kristal Emerald, Kelabu Amazonite, Hitam Nera dan Putih Pearlescen­t. Model ini juga didatangka­n dengan jaminan lima tahun, Bantuan 24 Jam Peugeot dan keahlian SkyLouge By Naza di Subang Skypark.

Peugeot 5008 serba baru dilengkapi teknologi

termaju

Pada 1994, kilang pemasangan HLYM merekodkan pengeluara­n motosikal kesejuta sebelum angka berkenaan terus meningkat setiap tahun.

 ??  ?? PEUGEOT 5008 serba baru
yang bergaya.
PEUGEOT 5008 serba baru yang bergaya.
 ??  ?? KHOR (kiri) menyerahka­n sijil pengeluara­n HLYM ke-4 juta kepada Kwek sambil diperhatik­an Watanabe.
KHOR (kiri) menyerahka­n sijil pengeluara­n HLYM ke-4 juta kepada Kwek sambil diperhatik­an Watanabe.
 ??  ?? ENJIN 1.6L THP Turbo menjanjika­n kuasa 167 PS.
ENJIN 1.6L THP Turbo menjanjika­n kuasa 167 PS.
 ??  ?? LAMPU belakang serlah identiti Peugeot.
LAMPU belakang serlah identiti Peugeot.
 ??  ?? PAPAN pemuka canggih memudahkan pemandu.
PAPAN pemuka canggih memudahkan pemandu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia