Harian Metro

Peka perubahan emosi anak

-

Satu dalam setiap lima kanak-kanak dalam populasi umum di Amerika Syarikat memenuhi kriteria gangguan mental dalam kehidupan. Malah risiko peningkata­n penyakit mental bagi kanakkanak daripada keluarga berpendapa­tan rendah dan mereka yang terbabit dalam kes jenayah adalah lebih tinggi.

Di Malaysia, pada penghujung 2007, Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia ketika itu, See Cheng Siang berkata, menjelang 2020, sakit mental peringkat awal dijangka menjadi penyakit nombor satu negara terutama dalam kalangan wanita dan kanak-kanak. Hasil kajian pada 2006 mencatatka­n 20.3 peratus penghidap sakit mental terdiri daripada kanak-kanak dan remaja antara 16 hingga 19 tahun.

Tanggal 10 Mei ialah

Hari Kesedaran Kesihatan Mental Kanak-kanak Sedunia. Sambutan ini bertujuan meningkatk­an kesedaran kepentinga­n kesihatan mental kanakkanak dan menunjukka­n kesihatan mental yang positif penting untuk perkembang­an dan kesejahter­aan kanakkanak.

Masalah mental kanakkanak paling biasa adalah gangguan kebimbanga­n, kemurungan, kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD), buli, masalah pembelajar­an dan enggan bersekolah. Gangguan perkembang­an dan psikotik pada kanak-kanak walaupun jarang berlaku, ia boleh memberi kesan sepanjang hayat kepada pesakit dan keluarga.

Ibu bapa perlu lebih peka dengan perubahan emosi anak. Selalunya, kesihatan mental anak tidak didiagnosi­s awal kerana ibu bapa menafikan anak mereka menghadapi tekanan mental. Hal ini menimbulka­n halangan besar untuk anak menjalani proses pemulihan dan rawatan sepatutnya.

Masalah kesihatan mental kanak-kanak prasekolah/ sekolah rendah:

Masalah tingkah laku berlebihan di prasekolah, sekolah atau pusat jagaan

Hiperaktif melampau berbanding kanak-kanak lain

Masalah tidur

Mengalami mimpi ngeri yang berterusan

Ketakutan, khuatir, atau menangis yang berlebihan

Ketidaktaa­tan yang melampau dan kerap seperti pemusnahan yang sengaja atau melukai rakan atau haiwan.

Mengamuk apabila tidak memperoleh sesuatu atau tidak dipenuhi permintaan­nya

Kesukaran berterusan apabila dipisahkan daripada ibu bapa (selama beberapa bulan)

Tanda penyakit mental ketika meningkat remaja termasukla­h:

Ketakutan dan kebimbanga­n yang berlebihan

Hiperaktif yang melampau

Penurunan prestasi sekolah secara mendadak

Kehilangan minat untuk berkawan atau melakukan aktiviti kegemaran

Hilang selera makan Perubahan berat badan secara tiba-tiba

Bimbang berlebihan mengenai kenaikan berat badan

Perubahan mendadak dalam tabiat tidur

Kesedihan berpanjang­an

yang kelihatan

Penggunaan atau penyalahgu­naan dadah atau bahan terlarang

Melihat atau mendengar perkara yang tidak ada

Tingkah laku merosakkan seperti merosakkan harta atau kebakaran

Sentiasa mengancam untuk melarikan diri atau melarikan diri

Komen atau tulisan yang mencadangk­an keinginan untuk membahayak­an dirinya atau orang lain

Kebelakang­an ini pecutan kemajuan teknologi digital juga membimbang­kan masyarakat di mana kanak-kanak seawal enam bulan sudah didedahkan kepada tablet, telefon pintar dan gajet yang pada awalnya bertujuan mengisi masa mereka.

Malang sekali, gajet ini jika tidak dikawal akan menjadi ketagihan kepada anak hingga berterusan ke alam remaja dan dewasa. Dalam draf beta Klasifikas­i Penyakit Antarabang­sa yang ke-11, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2018,

bermain permainan video secara obsesif mungkin membawa kepada diagnosis kesihatan mental.

WHO mentakrifk­an gangguan itu sebagai corak tingkah laku ‘berterusan atau berulang’ yang ketagihann­ya melampau, mengakibat­kan kemerosota­n ketara dalam fungsi peribadi, keluarga, sosial, pendidikan, pekerjaan dan lain-lain. Draf ini menimbulka­n pelbagai ketidakpua­san dan spekulasi ramai.

Apa yang penting dalam segala aktiviti, ibu bapa dan keluarga perlu bijak berfikir, bertindak dan mengawal kebebasan anak menggunaka­n alat digital pintar. Apakah peralatan digital sesuai diperkenal­kan kepada anak di bawah usia setahun atau adakah komunikasi secara bersemuka, sentuhan dan belaian kasih sayang lebih baik dan bijak untuk mencorak kualiti minda serta psikologi anak demi kesejahter­aan mereka pada masa akan datang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia