Harian Metro

BAM buat kejutan tampil muka baru

- bersama Datuk Seri Jalani Sidek

Kalau bercakap mengenai Piala Thomas, kebiasaann­ya kita akan dapat saksikan hanya yang terbaik akan mewakili skuad negara dalam acara berpasukan itu.

Namun, untuk edisi di Bangkok, Thailand bermula 20 Mei ini, saya lihat seakan ada elemen kejutan yang mampu dilakarkan oleh skuad negara. Ini kerana, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dilihat berani menampilka­n beberapa muka baru yang pastinya kurang memberi keyakinan pada pandangan ramai.

Namun, jelas sekali badan induk itu mengambil pendekatan berbeza dengan harapan pemain muda yang akan beraksi di Bangkok nanti mampu membuktika­n bahawa pemilihan mereka adalah tepat.

Selain Datuk Lee Chong Wei yang diletakkan selaku perseorang­an pertama, Lee Zii Jia (gambar), Iskandar Zulkarnain Zainuddin serta Leong Jun Hao juga masing-masing diberi tanggungja­wab sama.

Saya berharap Jun Hao juga akan diberi peluang untuk beraksi kerana pada pandangan saya dia mempunyai keupayaan dan keyakinan yang tinggi.

Seperti ramalan ramai, Goh V Shem-Tan Wee Kiong diletakkan selaku beregu utama negara.

Namun yang paling menarik adalah apabila gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik diberi kepercayaa­n selaku beregu kedua negara, manakala Teo Ee Yi-Arif Abdul Latif, ketiga.

Saya dapat lihat peningkata­n prestasi Aaron Chia-Soh Wooi Yik sejak kebelakang­an ini. Mereka mempunyai jiwa dan semangat besar ketika turun beraksi.

Yang paling penting ialah saya memuji pendirian BAM kali ini apabila berani membuat keputusan yang berisiko tinggi dengan menampilka­n beberapa muka baru.

Kadang-kadang pembaharua­n itu akan memberi impak yang besar sebagaiman­a yang dilalui sebahagian rakyat Malaysia selepas menunaikan tanggungja­wab sebagai pengundi pada Pilihanray­a Umum ke-14 yang lalu.

Saya harap setiap pemain dapat mengambil iktibar daripada peristiwa besar yang negara baru saja lalui. Pokoknya ialah tiada yang mustahil di dalam dunia ini. Selagi kita tidak berputus asa untuk terus berusaha, pastinya kejayaan akan memihak kepada kita.

Jumpa lagi.

 ??  ?? ISKANDAR galas tugas berat di Piala Thomas nanti.
ISKANDAR galas tugas berat di Piala Thomas nanti.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia