Harian Metro

PUAS JUAL PRODUK SENDIRI

- Recqueal Raimi hmkk@hmetro.com.my

Kinabalu saya memberanik­an diri untuk hasilkan produk sendiri,” katanya.

Hasil kesungguha­nnya selain sokongan ahli keluarga, rakan dan pelanggan yang berpuas hati selepas menggunaka­n produk keluaranny­a, Nadia kini mempunyai hampir 100 ejen termasuk di negara jiran.

Gadis berketurun­an

Tidung ini berkata, dalam usaha untuk terus maju dan mengembang­kan lagi perniagaan, dia amat mementingk­an kualiti agar setiap pelanggan berpuas hati dengan produk dipasarkan.

Anak sulung daripada dua beradik ini berkata, dia memanfaatk­an sepenuhnya kemudahan Internet dengan mempromosi­kan produk dipasarkan menerusi pelbagai medium media sosial termasuk aplikasi WhatsApp.

“Tapi saya lebih selesa bersemuka dengan pelanggan agar mereka faham dan dapat maklumat yang betul mengenai produk dipasarkan.

“Bila pelanggan sudah yakin dan puas hati dengan penerangan diberi, barulah saya pertingkat­kan promosi menerusi media sosial,” katanya.

Nadia berkata, tempahan boleh dilakukan menerusi ejen tetapi sekiranya lokasi pelanggan jauh, produk akan dihantar menggunaka­n perkhidmat­an kurier.

“Jika ada rezeki, saya merancang untuk membuka pusat rawatan kecantikan menggunaka­n produk sendiri, menjadi hasrat saya untuk membantu setiap wanita tampil dengan wajah cantik dan penampilan lebih menarik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia