Harian Metro

SEDIA DISIASAT

Bekas Ketua Polis Negara sedia beri kerjasama mengenai isu 1MDB

- Safeek Affendy Razali cnews@nstp.com.my

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, sedia disiasat mengenai apa saja masalah berhubung sebarang isu yang timbul sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Kesediaan itu diumumkan sebaik Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumka­n dua nama iaitu Khalid dan bekas Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali yang mungkin akan disiasat berhubung peranan mereka dalam penyiasata­n 1MDB, lapor Safeek Affendy Razali

Saya masih bertugas dan bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya

Khalid Abu Bakar

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bersedia disiasat mengenai apa saja masalah berhubung sebarang isu yang timbul sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Katanya, beliau menyedari namanya dan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali sudah disenaraik­an antara individu bakal disiasat Kerajaan Pusat yang baru berhubung isu 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) serta isu lain.

“Saya masih bertugas dan bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya berhubung sebarang isu termasuk proses siasatan yang bakal dibuat terhadap saya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau bagaimanap­un enggan mengulas lanjut mengenai sebarang tindakan susulan yang mungkin diambil termasuk tidak mengetahui sebarang isu larangan perjalanan ke atas dirinya.

Kelmarin, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumka­n yang Apandi dan Khalid mungkin akan disiasat berhubung peranan mereka dalam penyiasata­n 1MDB.

Khalid seorang daripada empat ketua perkhidmat­an kerajaan yang diarah menjalanka­n siasatan ke atas pelaburan dan kewangan 1MDB, selain tiga lagi iaitu bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Ketua Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Khalid, 61, bersara daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) September tahun lalu sebelum dilantik sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad yang juga pengendali pengangkut­an awam seperti RapidKL.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, kelmarin.
LAPORAN Harian Metro, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia