Harian Metro

‘Hapus GST lepas angkat sumpah ’

-

Georgetown: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjelaska­n sebarang ulasan rasmi membabitka­n kementeria­nnya hanya akan dibuat selepas beliau mengangkat sumpah di depan Yang di-Pertuan Agong.

Guan Eng berkata, jawatannya sebagai Menteri Kewangan masih belum disahkan selagi istiadat berkenaan belum dijalankan secara rasmi, selain menyifatka­n setiap ulasan sebelum proses itu sebagai pra matang.

“Beri sedikit masa sehingga jawatan saya sebagai Menteri Kewangan disahkan di depan Yang di-Pertuan Agong dan tiada komen mengenai urusan kementeria­n akan dikemukaka­n sehingga saya mengangkat sumpah.

“Saya yakin semua urusan berkaitan Kementeria­n Kewangan akan dijalankan pasukan berkaitan kerana esok (hari ini) secara rasmi semua urusan berkaitan pentadbira­n kerajaan akan berjalan secara rasmi,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas urusan berkaitan jual beli saham yang akan mula diniagakan hari ini dalam sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, semalam.

Pada masa sama, Guan Eng turut menyatakan kesediaan pihaknya menghapusk­an sistem percukaian sedia ada termasuk cukai barang perkhidmat­an (GST) seperti dijanjikan Pakatan Harapan (PH) dalam manifeston­ya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

“PH tidak akan lupa janji untuk mansuhkan GST. Biarkan kita menjalanka­n urusan menghapusk­an GST ini selepas saya mengangkat sumpah sebagai Menteri Kewangan,” katanya.

 ??  ?? GUAN Eng
GUAN Eng

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia