Harian Metro

Perlis tidak akan disisihkan

-

Kangar: Negeri ini yang dikuasai Barisan Nasional (BN) tidak akan dipinggirk­an walaupun Kerajaan Pusat kini dipimpin Pakatan Harapan (PH).

Penganalis­is politik Prof Madya Dr Rusdi Omar berkata, walaupun berlaku perbezaan ideologi, Perlis tidak akan disisihkan jika politik matang diamalkan antara kedua-dua pihak.

“Jika politik matang diamalkan tidak ada masalah, saya yakin PH akan menyalurka­n bantuan dan hak sepatutnya kepada Perlis.

“Namun, individu yang dilantik menjadi Menteri Besar selepas ini perlu bijak dalam menjalin hubungan dan tidak boleh besar kepala demi kebaikan Perlis,” katanya, di sini, semalam.

Rusdi berkata, hubungan baik Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l juga antara faktor kuat Perlis tidak akan dianaktiri­kan PH.

“Tun

Dr

Mahathir mempunyai hubungan cukup baik dengan Istana Arau, beliau kerap dilihat hadir ke majlis rasmi, pastinya beliau tidak akan membiarkan Perlis diabaikan begitu saja.

“Malah, Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim juga antara individu yang rapat dengan beliau jadi tiada masalah antara kerjasama kerajaan negeri dan Pusat.

“Kita perlu tahu, Shahidan antara pemimpin UMNO yang masih hormat kepada Tun (Mahathir), beliau juga tidak pernah mengkritik serta menghentam Tun,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PROF Dr Rusdi
PROF Dr Rusdi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia