Harian Metro

‘Inilah masa terbaik nilai semula kelemahan parti’

-

Kangar: Kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihanray­a Umum ke-14 (PRU14) perlu menjadi pengajaran kepada komponen parti menilai semua kelemahan.

Timbalan Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Azlan Man bekata, parti komponen BN perlu bermuhasab­ah diri dan melihat kembali kesilapan yang mungkin dibuat mereka.

“Ini adalah masa yang terbaik untuk kita menilai semula kelemahan parti, memperbaik­inya dan merancang semula strategi untuk memperoleh semula kepercayaa­n rakyat.

“Kadang-kadang kita tidak sedar ada beberapa perkara yang rakyat tidak suka tapi kita lakukannya tanpa sedar jadi kita perlu bermuhasab­ah,” katanya.

Beliau yang pernah memegang jawatan Menteri Besar sebelum ini turut mengakui kelemahan kerajaan BN sewaktu melaksanak­an sesuatu dasar pembanguna­n di peringkat negeri turut menjadi punca kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Dia turut tidak menolak bahawa ada pihak di dalam BN yang pentingkan diri sendiri terutamany­a dalam sesuatu urusan yang membabitka­n kontrak pembinaan.

Tanpa merujuk kepada sesiapa, beliau turut mengakui ada sesetengah ahli menyertai parti komponen BN hanya bertujuan untuk cari makan.

“Apabila perkara ini disedari rakyat, ini semestinya menimbulka­n rasa tidak puas hati. Sepatutnya mereka ini mendahuluk­an rakyat bukannya kocek mereka sahaja sehingga rakyat merasakan diri mereka tidak dipedulika­n,” katanya.

Sementara itu Azlan turut menyifatka­n tindakan Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN adalah sesuatu yang bermaruah.

“Tindakanny­a itu (melepaskan jawatan) adalah satu tindakan yang betul dan dia sudah mengambil tanggungja­wab atas kekalahan BN.

“Dia juga sudah menerima hakikat bahawa kekalahan BN pada kali ini adalah kekalahan beliau dan tindakan itu tepat bagi memberi ruang untuk BN bangkit semula,” katanya.

 ??  ?? AZLAN
AZLAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia