Harian Metro

Kecederaan bahu pulih seperti biasa

-

Cheras: Kecederaan bahu Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah pulih seperti biasa.

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr S Jeyaindran kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan terhadap Anwar di Wad Kemasukan Pesakit dekat Pusat Rehabilita­si Cheras, semalam.

Mengulas lanjut, Dr Jeyaindran berkata, lawatan yang dibuatnya adalah rutin biasa sambil menegaskan tidak ada apa-apa lebih daripada itu.

“Tiap-tiap hari kita lawat dia. (Kesihatan) dia sangat bagus,” katanya.

Menjawab soalan pemberita sama ada pihaknya menerima sebarang kenyataan berhubung pembebasan Anwar pada Selasa ini, Dr Jeyaindara­n berkata, beliau tidak tahu.

Katanya, pembebasan bekas Timbalan Perdana Menteri itu tertakluk kepada pengampuna­n diraja.

“Itu saya tidak tahu. Kalau dia diampun, dia dibenarkan balik rumah. Kalau tidak, mungkin dia akan teruskan rawatan di sini dari semasa ke semasa.

“Dia masih akan teruskan rawatan fisioterap­i. Walaupun sudah pulih, tetapi ia memerlukan proses proses fisioterap­i yang lama sebelum dia dibenarkan balik rumah.

“Jadi, kita akan buat satu program fisioterap­i untuk dia supaya dia boleh dapat rawatan dari semasa ke semasa,” katanya.

Semalam, anak Anwar, Nurul Izzah yang kufa Naib Presiden PKR mengesahka­n bapanya akan dibebaskan dari penjara Selasa ini.

“Yes (ya),” jawab Nurul Izzah melalui aplikasi WhatsApp apabila diminta mengesahka­n mengenai pembebasan Anwar pada Selasa ini.

Jumaat lalu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, bersedia memberi pengampuna­n penuh kepada Anwar, dalam masa terdekat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia