Harian Metro

MB Johor setuju idea Syed Saddiq

- Mohd Fahmi Mohd Yusof am@hmetro.com.my

Tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Johor mengumumka­n untuk ‘melompat’ Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), kelmarin, dianggap tindakan tidak bermoral.

Tiga wakil rakyat berkenaan ialah ADUN Johor Lama, Rosleli Jahari, ADUN Endau, Alwiyah Talib dan ADUN Sedili, Rasman Ithnain.

Pengerusin­ya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata, tindakan mahu menyertai pihak lawan oleh pemimpin tempatan atau calon UMNO dan BN yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kini menjadi fokus serta perhatian.

Katanya, walaupun tindakan itu satu kebebasan yang harus dihormati oleh parti dan tidak seharusnya dihalang secara keras dan tegas, namun parti beranggapa­n ia adalah satu tindakan tidak bermoral dan tidak seharusnya dilakukan disebabkan oleh beberapa perkara.

“Pertama, amalan demokrasi Malaysia semakin matang dan subur sejak beberapa pilihan raya yang lalu. Ini menyaksika­n kita beralih ke arah sistem dua parti yang dilihat dapat menawarkan satu proses semak dan imbang yang tegas, Kuala Lumpur: Kerajaan Negeri Johor diterajui Pakatan Harapan (PH) akur teguran Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya peruntukan diberikan seadilnya kepada semua Ahli Dewan Undangan negerinya (ADUN) pembangkan­g.

Menurut Syed Saddiq, perkara itu penting demi memastikan keadilan dan demokrasi ditegakkan untuk kepentinga­n rakyat yang sudah memilih wakil rakyat mewakili mereka di sesuatu kawasan.

Katanya, kemungkina­n kenyataan beliau di Facebook kelmarin, disalah tafsir sebagai mempertika­ikan kenyataan Menteri Besar baru, Datuk Osman Sapian bahawa peruntukan kecil pembanguna­n hanya diberikan kepada ADUN PH kerana itu adalah hak kerajaan yang memerintah.

“Saya rasa salah faham saja. Bila saya hubungi Menteri Besar, beliau bersetuju dengan idea saya. Kita akan keluarkan satu dasar menyeluruh

>>Kuasa semakan atau timbal balik adalah satu bentuk khidmat kepada bangsa dan negara

untuk membantu ADUN pembangkan­g sekali.

“Bila lihat kenyataan penuh beliau (Osman) kerana kekurangan wang. Kita bukan nak kasi (beri) peruntukan berjuta-juta. Kita akan pastikan bantuan itu adil,” katanya.

Beliau berkata, tidak wajar ada diskrimina­si dalam penyaluran peruntukan pembanguna­n dan kerajaan Johor boleh mencontohi kerajaan Negeri Selangor yang memberikan peruntukan RM200,000 setahun kepada setiap ADUN pembangkan­g.

“Pendirian saya mudah. Sebab dalam proses mahu membina semula negara... setiap orang tidak kira agama, bangsa dan fahaman politik ada tempat, khususnya rakyat di tempat itu sudah memilih calon terbabit.

“Walaupun calon itu adalah lawan saya, tapi individu terbabit sudah diberikan mandat oleh rakyat, kita tidak boleh diskrimina­si dia,” katanya.

 ??  ?? RASMAN (tengah), Rosleli (kiri) dan Alwiyah (dua dari kiri) ketika hadir ke sidang media pengumuman menyertai PPBM.
RASMAN (tengah), Rosleli (kiri) dan Alwiyah (dua dari kiri) ketika hadir ke sidang media pengumuman menyertai PPBM.
 ?? Syed Saddiq ?? Kita akan keluarkan satu dasar menyeluruh untuk membantu ADUN pembangkan­g sekali”
Syed Saddiq Kita akan keluarkan satu dasar menyeluruh untuk membantu ADUN pembangkan­g sekali”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia