Harian Metro

Tindakan tak bermoral

-

 Pengerusi BN Johor anggap perbuatan tiga wakil rakyat lompat parti satu pengkhiana­tan

konstrukti­f dan berkesan kepada mana-mana parti yang memerintah.

“Malangnya, tindakan ini (lompat parti) adalah sesuatu yang terkebelak­ang dan sangat tidak selari dengan aspirasi ini.

“Lebih-lebih lagi, apabila kita amat sedar bahawa mana-mana parti yang kalah dalam pilihan raya umum sangat diharapkan menjadi faktor timbal balik atau melakukan semakan, bagi memastikan parti yang memenangi pilihan raya dapat berfungsi dengan baik dan mengotakan janji mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Di samping itu, Mohamed Khaled berkata, kuasa semakan atau timbal balik ini yang diberi juga adalah satu bentuk khidmat kepada bangsa dan negara.

“Kedua, ia adalah satu tindakan yang tidak menyantuni prinsip dan jangkaan demokrasi, ini kerana pihak lawan kepada sesuatu parti adalah pihak yang seharusnya menawarkan ideologi, dasar serta akujanji yang berlainan lain.

“Jadi, tindakan ini boleh dianggap sebagai tindakan yang membelakan­gkan ideologi, prinsip dan nilai yang selama ini diangkat dan dipromosik­an oleh parti yang diwakili.

“Maka, tidak keterlalua­n ia boleh dianggap sebagai satu penghinaan serta pengabaian prinsip dan perkara ini sebenarnya terpakai kepada kedua-dua pihak iaitu parti yang ditinggalk­an dan parti baru yang disertai,” katanya.

Tambahnya lagi, tindakan

dengan

pihak tiga wakil rakyat itu adalah satu pengkhiana­tan kepada harapan, usaha keras dan kepercayaa­n semua pihak.

“Ini termasukla­h kepimpinan parti asal, pendukung, penyokong serta pengundi yang sudah mengundi dan memilih seseorang pemimpin itu di mana mereka bekerja, berkempen dan mengundi di bawah identiti parti yang diwakili oleh calon berkenaan,” katanya.

 ?? Mohamed Khaled ?? Tindakan ini boleh dianggap membelakan­gkan ideologi, prinsip dan nilai yang selama ini diangkat dan dipromosik­an oleh parti yang diwakili”
Mohamed Khaled Tindakan ini boleh dianggap membelakan­gkan ideologi, prinsip dan nilai yang selama ini diangkat dan dipromosik­an oleh parti yang diwakili”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia