Harian Metro

Harap tadbir ikut ‘acuan Johor’

-

Johor Bahru: Rakyat Johor mahu Menteri Besar, Datuk Osman Sapian yang baru dilantik menerajui kepimpinan negeri ini meneruskan agenda pembanguna­n negeri tanpa mengenepik­an keperluan rakyat secara keseluruha­nnya.

Biarpun diterajui pimpinan Pakatan Harapan (PH), kerajaan baru dibentuk itu diharap memastikan negeri ini ditadbir urus dengan baik mengikut ‘acuan Johor’.

Pada masa sama janji terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) perlu ditunaikan demi kesejahter­aan rakyat di negeri ini.

Penduduk Pasir Gudang, Norizah Nordin, 39, berkata, rakyat Johor sentiasa terbuka dan menyambut baik pemilihan Menteri Besar baru dalam mentadbir negeri ini.

“Apa yang penting, rakyat sudah pun memilih kerajaan negeri baru dan siapa saja dipilih untuk menerajui negeri ini kita harus terima dengan hati terbuka.

“Kami mengharapk­an agenda pembanguna­n negeri dan rakyat diteruskan dan menambah baik mana yang perlu demi kesejahter­aan bersama,” katanya.

Suri rumah itu berkata, ruang harus diberikan kepada pemimpin negeri baru itu untuk menerajui negeri ini, memandangk­an tempoh perkhidmat­annya masih baru. “Kami menyambut baik apa saja pembanguna­n dilaksanak­an, malah berharap manifesto dijanjikan pada PRU14 ditunaikan,” katanya.

Individu yang tidak mempunyai semangat kental atau memikirkan kebendaan saja akan keluar parti dan menyertai Pakatan Harapan (PH).

Bendahari UMNO Kelantan, Datuk Hanafi Mamat mengakui ketika ini UMNO menerima kejutan besar dan ujian dari Allah, namun sekiranya ahli parti mempunyai jiwa seorang pejuang dan mengenang usaha yang dilakukan parti itu, mereka tidak akan meninggalk­an UMNO.

“UMNO sebuah parti yang cukup besar dan mempunyai jasa kepada negara terutama Melayu, semudah itukah ahli UMNO meninggalk­an parti yang sudah berusia

 ??  ?? OSMAN
OSMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia