Harian Metro

Muka, kening sama

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

 Ben Amir terkejut laman sosial dibanjiri komen peminat dakwa wajah seiras Syed Saddiq

Pelakon Ben Amir terkejut apabila laman Instagram dan Twitter miliknya dibanjiri komen mengatakan wajahnya iras Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 28, berkata, dia tidak kisah jika netizen memperkata­kan perkara itu kerana secara peribadi menjadikan Syed sebagai idola dalam memperjuan­gkan suara anak muda.

“Memang ramai peminat yang di laman Twitter dan Instagram mengatakan muka dan kening kami sama. Betulkah? Tetapi, apabila saya tengok balik, rasanya bahagian kening yang sama sebab tebal.

“Saya tak ada masalah orang cakap macam itu. Apa yang penting perjuangan anak muda yang lebih baik.

“Dia juga memainkan peranan penting untuk menaikkan semangat orang muda untuk berjuang. Sekali gus memberi nafas baru untuk orang muda,” katanya kepada Harian Metro.

Ben yang juga pelakon Jojie Gigil di TV3 berkata, dia menyifatka­n suara perjuangan Syed inspirasi kepada golongan muda.

“Saya mula tahu Syed apabila orang mula memperkata­kan mengenainy­a di laman sosial. Dia banyak bersuara mengenai masa depan golongan muda.

“Perjuangan sama juga ada dalam diri. Bagi saya ia lebih penting daripada rupa. Kita mahu peranan anak muda lebih lagi dalam mewujudkan Malaysia baru.

“Saya berharap lebih ramai lagi anak muda bersuara dan menggunaka­n pengaruh pengikut di laman sosial untuk kebaikan di Malaysia dan bukan menimbulka­n perkara yang tidak berfaedah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia