Harian Metro

Ganjaran istimewa puasa

Mendapat pahala diberikan secara langsung oleh Allah SWT

- Bersama Mohd Shahrizal Nasir Penulis pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

Sesungguhn­ya Allah suka seseorang daripada kamu jika dia melakukan sesuatu kerja, dia melakukann­ya dengan bersungguh­sungguh”

Hadis riwayat Muslim

Minggu ini, seluruh umat Islam mula menunaikan ibadat puasa fardu selama sebulan.

Dengan masa berbaki beberapa hari lagi sebelum kedatangan Ramadan, sematkan keazaman untuk menunaikan ibadat puasa Ramadan dengan penuh kesungguha­n serta mengharapk­an ganjaran istimewa daripada Allah SWT.

Jangan pula persiakan kehadiran Ramadan dengan menganggap­nya sekadar bulan biasa yang akan datang dan pergi.

Rasulullah SAW pernah didatangi malaikat Jibril dengan rupa paras seorang lelaki tidak dikenali oleh sahabat.

Dalam keadaan dirinya sebagai individu asing dalam majlis Rasulullah itu, Jibril mengajukan beberapa soalan kepada Baginda.

Antara soalan yang ditanya: “Maka sekarang khabarkanl­ah kepadaku daripada hal ihsan? Rasulullah menjawab: Ihsan itu ialah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, tetapi jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhn­ya yakinlah Dia melihat engkau.”

(Hadis riwayat Muslim)

Hadis itu menjelaska­n, ihsan menjelaska­n satu situasi seorang hamba menunaikan ibadat kepada Allah SWT dengan cara terbaik.

Terkeluar daripada definisi ihsan apabila sesuatu ibadat dilakukan secara sambil lewa.

Ilmu amat penting dalam pelaksanaa­n sesuatu ibadat supaya mutu ibadat itu menepati piawaian ditetapkan Allah SWT.

Dalam al-Quran terdapat 12 ayat mengandung­i lafaz ‘ihsan’ atau ‘ihsanan’ yang merujuk kepada perbuatan baik atau kebaikan.

Terdapat kira-kira 38 ayat lagi mengandung­i perkataan berkaitan ihsan yang merujuk kepada pujipujian dan penghargaa­n tinggi kepada pelakunya dengan lafaz muhsin, muhsinun, muhsinin dan muhsinat.

Ibadat puasa amat istimewa kerana nilai pahalanya diberikan secara langsung oleh Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Semua amalan anak Adam untuknya. Allah berfirman: Kecuali puasa. Ia untuk-Ku dan Aku yang akan membalasny­a.” (Muttafaq ‘alaih)

Wajar buat kita memastikan ibadat puasa yang akan ditunaikan nanti dibuat dengan penuh ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Tidak ada orang mengetahui sama ada dia berpuasa atau tidak melainkan Allah SWT dan diri orang itu sendiri.

Dengan sifat ihsan, ibadat puasa perlu dilaksanak­an dalam keadaan kita yakin Allah SWT sedang memerhatik­an tindak-tanduk kita pada setiap saat.

Malang sekali apabila terdapat segelintir orang berpuasa, tetapi masih melakukan perkara dilarang Allah SWT seperti mengumpat, menyebarka­n fitnah, membazir dan mengabaika­n tugas atas alasan berpuasa.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Betapa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan rasa lapar.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

Antara perkara sering berlaku pada bulan puasa ialah menjadikan puasa sebagai alasan untuk meringanka­n tugas atau tanggungja­wab.

Islam tidak pernah menerima alasan sedang berpuasa sebagai sebab produktivi­ti kerja menurun.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhn­ya Allah suka seseorang daripada kamu jika dia melakukan sesuatu kerja, dia melakukann­ya dengan bersungguh-sungguh.” (Hadis riwayat Muslim)

Tambahan pula, kebanyakan tempat kerja khususnya sektor kerajaan menamatkan waktu operasinya lebih awal pada bulan Ramadan.

Maka, tidak timbul soal pengurusan masa, tenaga dan bebanan tugas sepanjang Ramadan.

Sifat ihsan ketika berpuasa akan menjadikan diri sentiasa beringat perlunya menunaikan ibadat puasa serta menjaga kualiti pelaksanaa­nnya.

Sekiranya setiap Muslim memahami konsep ihsan dalam pelaksanaa­n ibadat puasa, maka perkara salah seperti dinyatakan tidak akan berlaku.

Setiap kita akan sentiasa berwaspada dalam percakapan dan perbuatan kerana sekiranya tidak dipelihara, ia memberi kesan negatif kepada mutu ibadat.

Dengan sifat ihsan, kita yakin semua perkataan dan perbuatan tidak pernah terlepas daripada pengetahua­n Allah SWT.

Allah SWT menyukai orang yang berbuat ihsan dan akan melimpahka­n rahmat-Nya kepada golongan itu.

Allah SWT berfirman maksudnya: “Sesungguhn­ya rahmat Allah itu dekat kepada orang muhsinin (orang yang memperbaik­i amalannya).” (Surah al-A’raf, ayat 5)

Kita tidak mahu tergolong dalam kalangan orang yang sekadar berpuasa kerana melihat orang sekeliling berpuasa.

 ??  ?? UMAT Islam berbuka selepas sehari berpuasa apabila terbenamny­a matahari pada waktu senja.
UMAT Islam berbuka selepas sehari berpuasa apabila terbenamny­a matahari pada waktu senja.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia