Harian Metro

Belum puas belajar taranum

Johan qariah peruntuk 7 jam setiap hari buat persiapan

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

“Memang saya bercita-cita untuk menjadi johan dalam pertanding­an tilawah al-Quran, tetapi saya tidak sangka sampai ke tahap antarabang­sa. Ia satu pengalaman manis dan Insya-Allah, saya akan terus belajar.

“Mungkin selepas ini saya akan menyertai pertanding­an tilawah al-Quran di luar negara. Pada masa sama, saya akan belajar taranum lagi dan memperbaik­i bacaan,” kata qariah Malaysia, Suhailah Zulkifly.

Dengan catatan 92.05 markah, dia diumumkan sebagai johan qariah kategori tilawah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabang­sa (MTHQA) ke-60, malam kelmarin, sekali gus satu catatan sejarah buat dirinya.

Katanya, persediaan rapi daripada sudut latihan dengan bantuan guru banyak membantu dirinya agar dapat memperdeng­arkan bacaan dengan baik.

“Sebelum ini pada hari bekerja, saya peruntukka­n dua jam iaitu di waktu malam untuk latihan dan persediaan tetapi untuk MTHQA ini, saya peruntukka­n lebih lagi iaitu dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari dan 2 petang hingga 5 petang.

“Ketika dalam pertanding­an, barulah saya lebih menumpukan kepada persediaan mental kerana setiap pertanding­an ada cabarannya tersendiri. Semuanya hebat belaka,” katanya.

Suhailah bersama qari senegara, Abdullah Fahmi Che Nor yang turut muncul johan membawa pulang kepingan emas bernilai RM70,000, piala iringan dan wang tunai RM40,000.

Kedua-dua mereka adalah johan qariah dan qari Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan, bulan lalu.

Sementara itu, Abdullah Fahmi berkata, didikan ibu bapa sejak kecil banyak membantuny­a untuk memperbaik­i bacaan selain berusaha memastikan sebutan yang tepat serta makhraj yang betul.

“Saya juga mengambil masa memperkema­skan bacaan dan memberi tumpuan kepada persiapan,” katanya.

 ??  ?? ABDULLAH dan Suhailah menunjukka­n piala yang dimenangi masing-masing pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Antarabang­sa ke-60.
ABDULLAH dan Suhailah menunjukka­n piala yang dimenangi masing-masing pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Antarabang­sa ke-60.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia