Harian Metro

Nor Zafirah ambil risiko berbekal doa

-

 Sukarelawa­n IRM puas dapat berbakti di bumi bergolak

(IRM) Nor

bergolak.

“Kita tidak mampu untuk ramal situasi di kawasan konflik ini, kadangkala ia selamat untuk dimasuki, namun keadaan berubah dalam tempoh yang singkat. Apa yang boleh kita lakukan adalah doa dan sentiasa melakukan persiapan,” katanya.

Nor Zafirah yang menyertai IRM sejak enam tahun lalu berkata, tugas sukarelawa­n kemanusiaa­n tidak semudah yang disangka kerana ia lebih membabitka­n hubungan dengan mangsa di sesuatu negara.

“Sukarelawa­n ini tidak bermaksud kita sekadar pergi menghantar bantuan dan pulang, ia tidak begitu. Tetapi bagaimana kita menyantuni masyarakat di sesuatu negara.

“Paling penting sentuhan kemanusiaa­n itu kepada mangsa konflik. Kita bukan saja berdepan dengan risiko keselamata­n tetapi risiko penularan penyakit berjangkit.

“Kita sememangny­a terdedah dengan perkara itu namun segala persiapan harus dibuat. Walaupun saya wanita, saya tidak melihat itu kekurangan sebaliknya kelebihan terutama untuk menyantuni golongan tidak bernasib baik,” katanya.

Beliau yang pernah menyertai misi kemanusiaa­n di Somalia, Bangladesh, Jordan dan beberapa negara lain berkata, sebenarnya ramai lagi wanita yang terbabit secara aktif dalam kerja kemanusiaa­n kerana ia suatu tugas yang unik serta banyak pengalaman boleh diperoleh.

 ??  ?? NOR Zafirah menyusun buku yang didermakan orang ramai di Charity Shoppe.
NOR Zafirah menyusun buku yang didermakan orang ramai di Charity Shoppe.
 ??  ??
 ??  ?? KANAK-kanak teruja menerima kunjungan IRM.
KANAK-kanak teruja menerima kunjungan IRM.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia