Harian Metro

CUNGKIL BAKAT PEMAIN OKU

-

Pertanding­an Catur Antarabang­sa Orang Kurang Upaya Zon Selatan pilih atlet terbaik ke peringkat kebangsaan

DARI MUKA N25

Tiada perbezaan peraturan permainan dikhaskan kepada pemain yang diklasifik­asikan sebagai orang kurang upaya (OKU).

Menyedari kehebatan catur, pensyarah Fakulti Kejurutera­an Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Nasrul Humaimi Mahmood menganjurk­an Pertanding­an Catur Antarabang­sa Orang Kurang Upaya Zon Selatan buat kali pertama dengan kerjasama Lions Clubs Internatio­nal dan Persatuan Catur OKU Malaysia di Muar, Johor, baru-baru ini.

“Pertanding­an itu diadakan bagi pemilihan pemain terbaik untuk mewakili zon selatan ke pertanding­an peringkat kebangsaan yang bakal diadakan tidak lama lagi.

“Malah, pertanding­an ini juga diadakan bagi mencungkil bakat baru dalam permainan catur OKU, selain itu memberi peluang kepada masyarakat untuk sama-sama beriadah dengan golongan OKU,” katanya yang juga jurulatih pasukan catur kebangsaan untuk Sukan Para ASEAN 2017.

Seramai 34 peserta dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan mengambil bahagian. Kategori kelainan upaya yang dipertandi­ngkan ialah OKU penglihata­n, pendengara­n dan fizikal.

Menariknya, pertanding­an ini turut disertai beberapa atlet negara yang menyumbang pingat sempena Sukan Para ASEAN 2017.

Atlet itu ialah Nur Feiqha Maulad Mohamed Halil, Hanson Ang Ping Ting, Shaharuddi­n Sidek dan Mohd Farhan Syukry Jamil.

Pertanding­an kali ini, Hanson Ang dinobatkan sebagai johan keseluruha­n.

Menurut Hanson Ang, beliau gembira kerana berjaya menebus kehampaan di Sukan Para ASEAN 2017.

“Saya gembira kerana berpeluang bertanding secara sihat bersama rakan sepasukan. Melalui pertanding­an ini, saya turut berpeluang mengenali kenalan baru yang berminat dalam sukan paralimpik,” katanya.

Dr Nasrul Humaimi berharap pertanding­an catur OKU itu menjadi titik tolak kepada peningkata­n bidang sukan itu di dalam negara. - Fazurawati Che Lah

 ??  ?? PEMENANG bergambar kenangan selepas majlis penyampaia­n hadiah.
PEMENANG bergambar kenangan selepas majlis penyampaia­n hadiah.
 ??  ?? PESERTA tekun dengan permainan masing-masing.
PESERTA tekun dengan permainan masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia